Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Z Flip5 kini rasmi – Skrin luaran lebih luas dan rekaan lebih sempurna – dari RM 4,499

Samsung Galaxy Z Flip5

Selain Samsung Galaxy Z Fold5, Samsung juga telah memperkenalkan telefon pintar foldable kompak Samsung Galaxy Z Flip5 yang boleh diangkat sebagai model Galaxy Z Flip dengan perubahan paling drastik sejak ianya diperkenalkan.

Samsung Galaxy Z Flip5

Samsung Galaxy Z Flip5 juga tampil dengan penambahbaikan reka bentuk yang membolehkan profil telefon pintar ini lebih nipis dengan penggunaan Armour Aluminium dan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus 2 pada bahagian hadapan dan belakang. Ianya juga kalis air IPX68.

Selain itu, Galaxy Z Flip5 juga menjadi telefon pintar boleh lipat pertama Samsung yang boleh ditutup rapat tanpa sebarang ruang ketika dilipat.

Samsung Galaxy Z Flip5 hadir dengan skrin paparan utama Infinity Flex berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz yang tampil dengan bezel yang lebih nipis.

Selain itu, Galaxy Z Flip5 juga kini memiliki  skrin luaran iaitu panel Super AMOLED berukuran 3.4-inci yang dilapisi gelas Corning Gorilla Glass Victus+ dengan kepadatan piksel 305ppi.

Penggunaan skrin yang lebih luas pada bahagian luaran membolehkan lebih banyak ciri dan pembukaan aplikasi dilakukan tanpa perlu terus mengakses skrin utama.

Dari segi pemproses, Samsung Galaxy Z Flip5 menampilkan pengunaan cip Snapdragon 8 Gen 2, 8GB RAM atau 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB jenis UFS 4.0

Beralih kepada kamera, Samsung Galaxy Z Flip5 hadir dengan dua sensor 12MP dibahagian belakang iaitu satu sensor utama dan satu sensor ultrawide. Samsung mendakwa sensor utama telefon pintar mampu menyerap 65% lebih cahaya untuk gambar lebih baik. Kamera selfie adalah 10MP.

Dalam pada itu, Samsung Galaxy Z Flip5 memiliki bateri yang lebih besar iaitu berkapasiti 3,700mAh yang menyokong pengecasan pantas 15W, pengecasan  tanpa wayar 10W dan reverse wireless charging pada kadar 4.5W.

Samsung Galaxy Z Flip5 akan ditawarkan mulai 18 Ogos ini harga RM 4,499 bagi varian 8/256, dan RM 4,99 bagi versi 8/512GB.

Samsung Galaxy Z Flip5 akan ditawarkan didalam warna Mint, Lavender, Cream dan Graphite bermula 18 Ogos 2023 Dalam pada itu, Samsung juga menawarkan Galaxy Z Flip5 didalam warna Gray, Blue, Green dan Yellow secara eksklusif di laman Samsung Malaysia.

Samsung Galaxy Z Fold5 dan Z Flip5 kini dibuka untuk pra-tempahan – promosi hebat eksklusif

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.