Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Tab S9 Series kini rasmi dengan skrin 120Hz Dynamic AMOLED 2x dan cip Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy – dari RM 3,699


Samsung juga telah memperkenalkan generasi baharu tablet syarikat ini iaitu Galaxy Tab S9 Series bersama Galaxy Z Flip5 dan Z Fold5.

Samsung Galaxy Tab S9 Series mempunyai tiga model iaitu Galaxy Tab S9, Galaxy Tab S9+ dan Galaxy Tab S9 Ultra yang mana kesemua model ini mempunyai penarafan IP68 dan S-Pen yang turut menerima penarafan IP68 .

Samsung Galaxy Tab S9 Ultra

Samsung Galaxy Tab S9 Ultra merupakan tablet terbesar didalam keluarga ini yang memfokuskan kepada hiburan dan produktiviti.

Chasis Samsung Galaxy Tab S9 Ultra diperbuat daripada Armor Aluminum dan ianya mempunyai ketebalan 5.5mm sahaja dan terdapat panel magnetik pada bahagian belakang untuk mengecas dan meletakkan S Pen.

Samsung Galaxy Tab S9 Ultra hadir dengan skrin paparan  Dynamic AMOLED 2X berukuran 14.6-inci dengan kadar segar semula 60-120Hz, pemproses Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy, sehingga 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Samsung juga memberikan fokus khas kepada kualiti panggilan video pada Galaxy Tab S9 Ultra dan ianya dilengkapi dua unit kamera 12MP pada bahagian hadapan iaitu satu sensor wide 12MP dan satu sensor ultrawide 12MP dengan pelbagai ciri menarik seperti autoframing dan banyak lagi. Kamera belakang adalah 13MP + 8MP ultrawide dengan kebolehan rakaman 4K.

Untuk pengalaman multimedia yang lebih imersif, Samsung Galaxy Tab S9 Ultra juga dilengkapi tetapan quad-speaker dengan AKG dan Dolby Atmos dan terdapat tiga mikrofon untuk kualiti panggilan audio yang jelas dan tanpa bunyi bising latar belakang.

Beralih kepada bateri, Samsung Galaxy Tab S9 Ultra dilengkapi bateri berkapasiti 11,200mAh yang juga menyokong pengecasan pantas 45W namun tiada adapter disertakan dalam kotak namun terdapat kabel USB-C yang juga boleh digunakan untuk mengecas peranti lain.

Selain itu, Galaxy Tab S9 Ultra juga menyokong Wi-Fi 6E, sensor capjari dalam skrin, Bluetooth 5.3 dan One UI 5.1.1

Samsung Galaxy Tab S9 Ultra akan ditawarkan didalam versi Wi-Fi dan 5G yang mana ianya ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Beige dan Graphite.

Samsung Galaxy Tab S9+

Samsung Galaxy Tab S9+ adalah tablet yang lebih kompak dengan skrin paparan Dynamic AMOLED 2x berukuran 12.4-inci dan masih menawarkan kadar segar semula 60-120Hz seperti pada Tab S9 Ultra.

Samsung Galaxy Tab S9+ juga dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy, 12GB RAM dan storan dalaman 256GB atau 512GB.

Beralih bahagian kamera, Galaxy Tab S9+ memiliki satu sensor hadapan ultrawide 12MP yang mampu menawarkan kualiti panggilan video terbaik manakala pada bahagian belakang, ianya tampil dengan sensor kamera yang seperti pada Tab S9+ Ultra iaitu 13MP + 8MP sensor ultrawide.

Ke bahagian bateri, Samsung Galaxy Tab S9+ memiliki bateri berkapasiti 10,090mAh yang juga menyokong pengecasan pantas 45W dan ianya juga boleh digunakan untuk mengecas peranti lain menggunakan kabel.

Seperti Tab S9 Ultra, Tab S9+ juga menyokong Wi-Fi 6E, quad-speaker dengan Dolby Atmos, sensor capjari pada skrin, S Pen dalam kotak dan ditawarkan dalam versi Wi-Fi dan 5G.

Samsung Galaxy Tab S9+ akan ditawarkan didalam satu warna sahaja Graphite.

Samsung Galaxy Tab S9

Samsung Galaxy Tab S9 adalah model yang paling kecil didalam keluarga Tab S9 dan ianya dilengkapi skrin paparan Dynamic AMOLED 2x  berukuran 11-inci dengan  kadar segar semula 60Hz-120Hz.

Seperti Galaxy Tab S9+, Tab S9 juga hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy, quad speaker dengan Dolby Atmos dan pengecasan pantas 45W bagi bateri berkapasiti 8,400mAh.

Beralih bahagian kamera, Galaxy Tab S9 memiliki satu sensor hadapan ultrawide 12MP yang mampu menawarkan kualiti panggilan video terbaik manakala pada bahagian belakang, ianya tampil dengan sensor kamera 13MP.

Samsung Galaxy Tab S9 juga menyokong Wi-Fi 6E, sensor capjari dalam dan ditawarkan didalam dua versi iaitu Wi-Fi dan 5G.

Samsung Galaxy Tab S9 akan ditawarkan didalam satu warna sahaja iaitu Graphite.

Samsung Galaxy Tab S9 Series

Harga Samsung Galaxy Tab S9 Series

Samsung Galaxy Tab S9 Ultra, Tab S9+ dan Tab S9 akan mula ditawarkan di Malaysia dari 18 Ogos pada harga seperti berikut :

  • Galaxy Tab S9 Ultra 5G 512GB – RM 7,149
  • Galaxy Tab S9 Ultra 5G 256GB – RM 6,649
  • Galaxy Tab S9 Ultra Wi-Fi 512GB – 6,499
  • Galaxy Tab S9 Ultra Wi-Fi 256GB – RM 5,999

* semua Galaxy Tab S9 Ultra disertakan dengan papan kekunci.

  • Samsung Galaxy Tab S9+ 5G 512GB + papan kekunci – RM 5,849
  • Samsung Galaxy Tab S9+ Wi-Fi 512GB + papan kekunci – RM 5,199
  • Samsung Galaxy Tab S9+ 5G 256GB – RM 5,249
  • Samsung Galaxy Tab S9+ Wi-Fi 256GB – RM 4,599

 

  • Samsung Galaxy Tab S9 5G 256GB + papan kekunci – RM 4,849
  • Samsung Galaxy Tab S9 Wi-Fi 256GB + papan kekunci – RM 4,199
  • Samsung Galaxy Tab S9 5G 128GB – RM 4,349
  • Samsung Galaxy Tab S9 Wi-Fi 128GB – RM 3,699

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.