Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung dilaporkan berhasrat guna cip Exynos 2400 pada Galaxy S24 Series

Laporan sebelum ini memberikan petunjuk bahawa Samsung Galaxy S23 FE akan menggunakan cip Exynos 2200 namun terdapat beberapa pasaran yang akan turut menerima versi dengan cip Snapdragon 8 Gen 1.

Dalam pada itu, Samsung telah menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy pada Galaxy S23 Series secara eksklusif dan terdapat kata-kata yang mengatakan kerjasama dengan Qualcomm ini akan diteruskan pada Galaxy S24 Series.

Walaupun perkara ini mungkin tepat, Samsung dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menggunakan cip Exynos 2400 pada Galaxy S24 Series dibeberapa pasaran.

Cipset ini dilaporkan mampu menawarkan prestasi GPU hampir 4 kali ganda lebih baik berbanding GPH Xclipse 920 pada Exynos 2200 dan prestasi multi-core cipset ini juga 20% lebih baik apabila dibandingkan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 namun cipset ini harus dibandingkan dengan Snapdragon 8 Gen 3.

Keputusan akhir mengenai penggunaan cip Exynos pada Galaxy S24 Series mungkin dibuat selepas melihat bagaimana penerimaan Galaxy S23 FE versi Exynos dipasaran.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.