Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 11 Pro+ 5G rasmi di Malaysia pada harga RM 1,999 – Kamera 200MP OIS SuperZoom

Selain realme 11 Pro 5G , realme juga telah memperkenalkan realme 11 Pro+ 5G yang merupakan telefon pintar pertama syarikat ini dengan sensor 200MP dan merupakan model yang lebih premium antara dua model yang dilancarkan.

realme 11 Pro+ mempunyai banyak persamaan dengan realme 11 Pro 5G kecuali sensor utama, kamera selfie dan teknologi pengecasan pantas.

realme 11 Pro+ tampil dengan skrin paparan curved OLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Panel 10-bit ini juga menyokong HDR10+, 100% liputan DCI-P3, kecerahan maksima 950nits dan PWM Dimming 2,160Hz serta sensor capjari dalam skrin.

Selain itu, realme 11 Pro+ 5G dijana cip 6nm Dimensity 7050, sehingga 12GB RAM, storan dalaman sehingga 512GB dan realme UI 4.0 yang berasaskan Android 14.

Seterusnya, 11 Pro+ 5G juga memiliki sensor utama 200MP Samsung HP3 yang merupakan sensor 1/1.4-inci dengan aperture f/1.69 dan Super OIS, sensor ultrawide 8MP dan sensor depth 2MP. kamera selfie adalah 32MP.

Selain itu, sensor utama telefon pintar ini juga menyokong rakaman Super Night Scape, Moon Mode dan Starry Mode Pro serta rakaman video 4K pada kadar 30fps.

Seterusnya, realme 11 Pro+ 5G juga memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas SUPERVOOC 100W.

realme 11 Pro+ 5G akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Oasis Green dan Sunrise Beige pada harga RM 1,999.

Jualan awal realme 11 Pro+ 5G akan bermula pada 21 Julai di stor rasmi realme di Lazada, Shopee dan TikTok dengan setiap pembelian akan menerima realmeow, 6 bulan waranti tambahan dan 6 bulan waranti skrin.

Seterusnya, realme 11 Pro+ 5G akan mula dibuka untuk pra-tempahan di realme Brand Store dari 21 Julai hingga 27 Julai dengan setiap pembelian akan menerima realmeow edisi khas, koleksi Artisan Leather dan peluang untuk memenangi beg tangan GUCCI.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.