Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Pad 6 akan ditawarkan di Malaysia mulai 20 Julai ini pada harga dari RM 1,299

Xiaomi Pad 6 Malaysia

Xiaomi Pad 6 Malaysia

Xiaomi secara rasminya telah memperkenalkan tablet Xiaomi Pad 6 untuk pasaran Malaysia dan jualan akan bermula pada 20 Julai ini pada harga dari RM 1,299.

Xiaomi Pad 6 Series terdiri daripada dua model iaitu Pad 6 dan Pad 6 Pro namun hanya Xiaomi Pad 6 sahaja yang ditawarkan di Malaysia.

Xiaomi Pad 6 hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 11.0-inci dengan resolusi 1800 x 2880 (16:10) dengan kadar segar semula 144Hz dan terdapat juga lapisan gelas keselamatan Corning Glass 3. Tablet ini juga dikuasakan cip Snapdragon 870, 6GB atau 8GB RAM, storan dalaman antara 128GB atau 256GB dan bateri 8,840mAh bersama pengecasan pantas 33W.

Selain itu, Xiaomi Pad 6 juga memiliki 4 pembesar suara , Wi-Fi 6, MIUI 14 dan kombinasi kamera belakang 13MP + 8MP kamera hadapan dengan Focus Frame.

Selain itu, Xiaomi juga menawarkan papan kekunci Xiaomi Pad 6 Smart Keyboard pada harga RM 399 dan  Xiaomi Smart Pen (Gen-2) pada harga RM 149.

Xiaomi Pad 6 akan ditawarkan didalam tiga varian iaitu versi 6/128GB pada harga RM 1,299, versi 8/256GB pada harga RM 1,499 dan versi 8/128GB yang ditawarkan pada harga RM 1,399 namun eksklusif secara atas talian di Shopee dan Lazada.

Dapatkan Xiaomi Pad 6 melalui stor  Xiaomi  Lazada dan Shopee.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.