Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus Ace 2 Pro dijangka akan menjadi antara telefon pintar pertama dunia dengan 24GB RAM

OnePlus Ace 2 Pro

OnePlus Ace 2 Pro dijangka akan dilancarkan lewat bulan ini dan beberapa spesifikasi utama telefon pintar telah didedahkan.

Menurut posting terbaru di Weibo, OnePlus Ace 2 Pro akan memiliki skrin paparan curved berukuran 6.74-inci dengan resolusi 1.5K (1,240 x 2,772piksel) dengan kadar segar semula 120Hz

Selain itu, Ace 2 Pro juga dikatakan akan dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2 seperti didedahkan sebelum ini namun konfigurasi tertinggi akan memiliki 24GB RAM yang akan menjadikanya telefon pintar kedua selepas REDMAGIC 8S Pro+ untuk memiliki RAM sebesar ini.

Seterusnya, telefon pintar ini juga dijangka akan memiliki bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas 150W.

Dalam pada itu, laporan sebelum ini mendakwa OnePlus Ace 2 Pro akan memiliki tetapan tri kamera yang terdiri daripada sensor utama 50MP + 8MP + 2MP dan kini ianya disahkan bahawa sensor utama IMX890 yang digunakan pada Ace 2 dan OnePlus 11.

Buat masa ini masih belum ada pengesahan samada OnePlus Ace 2 ini akan memasuki pasaran global ataupun tidak.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.