Tesla Model Y kini dibuka untuk tempahan di Malaysia – harga dari RM 199,000
Pelancaran rasmi Tesla di Malaysia akan berlangsung pada 20 Julai ini dan syarikat pengeluar kereta elektrik ini kini telah mengumumkan pembukaan jualan bagi Tesla Model Y di Malaysia.
Tesla Model Y akan ditawarkan didalam tiga varian asas iaitu Model Y (rear-wheel drive) pada harga RM 199,000 , Long Range pada harga RM 246,000 dan Model Y Performance pada harga RM 288,000.
Bercakap mengenai jarak perjalanan didalam satu pengecasan yang ditawarkan model ini, Model Y menawarkan jarak sehingga 430km manakala Model Y Long Range menawarkan sehingga 530km diikuti Model Y Performance yang menawarkan jarak sehingga 513km.
Selain itu, Tesla juga menawarkan ciri Enhanced Autopilot dengan tambahan RM 16,000 manakala ciri pemanduan penuh “Full Self-Driving Capability” boleh disertakan dengan tambahan RM 32,000.
Lain-lain penambahan yang ditawarkan Turbine Wheel dengan tambahan harga RM 10,000, warna Black, Silver atau Biru dengan penambahan harga RM 5,000, warna Red multi-coat dengan penambahan RM 10,000 dan kemasan dalaman berwarna hitam/putih pada harga RM 5,000.
Tempahan Tesla Model Y kini dibuka dengan deposit bernilai RM 1,000 dan penghantaran adalah pada awal 2024.
Tempah Tesla Model Y di SINI
Dalam pada itu, Tesla Model 3 juga akan memasuki pasaran Malaysia namun tidak ditawarkan buat masa ini.