Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tesla Malaysia akan dilancarkan secara rasmi pada 20 Julai

Tesla Malaysia

Tesla secara rasminya akan memperkenalkan kereta EV mereka untuk pasaran Malaysia pada 20 Julai ini.

Sehubungan dengan itu, Tesla Malaysia juga telah membuka akaun instagram @teslamotorsmys selepas syarikat ini telah membuat temuduga terbuka bagi operasi di Malaysia.

Tesla merupakan syarikat pertama dibawah inisiatif BEV Global Leaders yang membolehkanya menjual kereta elektrik di Malaysia tanpa memerlukan lesen AP.

Selain itu, Tesla dijangka akan menawarkan dua model mereka untuk pasaran Malaysia iaitu Model 3 dan Model Y seperti dipasaran ASEAN yang lain memandangkan hanya model ini ditawarkan didalam pemanduan sebelah kanan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.