Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S24 Ultra mungkin menyokong pengecasan 65W dengan teknologi bateri baharu

Samsung Galaxy Note10+ merupakan model pertama Samsung untuk menawarkan sokongan pengecasan 45W namun sehingga kini masih belum ada model yang menawarkan teknologi pengecasan yang lebih pantas.

Walaubagaimanapun, perkara ini mungkin akan berubah dengan penggunaan bateri yang sama seperti pada industri kereta elektrik iaitu stacked battery.

Menurut @RGClouds, ciri bateri ini akan digunakan pada Samsung Galaxy S24 Ultra dan kemungkinan Galaxy S24+ bergantung kepada pembekal dan Samsung juga sedang melakukan ujian dengan bateri yang diperbuat dikilang di China.

Dengan teknologi stacked battery ini, pengecasan pada Samsung Galaxy S24 Ultra mungkin mencapai sehingga 65W. S24 Ultra dan S24+ dijangka akan memiliki bateri 5,000mAh namun Galaxy S24 Ultra dijangka akan menawarkan kadar pengecasan yang lebih tinggi dengan penggunaan sistem penyejukan.

Selain itu, Apple juga dilaporkan akan menggunakan teknologi bateri ini pada semua model iPhone 15 yang akan dilancarkan didalam masa beberapa bulan sahaja lagi.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.