Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 12 akan memiliki sensor periskop 64MP OmniVision

OnePlus 12

Telefon pintar flaghsip OnePlus yang seterusnya iaitu OnePlus 12 dilihat bakal menjadi telefon pintar pertama syarikat ini untuk menawarkan sensor periskop zoom dan ianya juga telah dilihat pada lakaran CAD.

Selain itu, rekaan modul kamera OnePlus 12 masih kelihatan sama seperti pada OnePlus 11 namun susunan kamera adalah sedikit berbeza untuk memuatkan sensor periskop dan penjenamaan Hasselblad juga masih mendapat tempat.

Selain itu, paparan OnePlus 12 juga adalah sedikit melengkung dengan kamera selfie dibahagian tengah. Paparan ini dijangka adalah panel OLED 120Hz berukuran 6.7-inci dengan resolusi QHD+.

Seterusnya, OnePlus 12 hampir pasti akan dijana cip Snapdragon 8 Gen 3 yang mungkin diumumkan pada bulan Oktober, bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 100W atau 150W.

Akhir sekali, OnePlus 12 dikatakan akan memiliki sensor utama dan sensor ultrawide beresolusi 50MP manakala sensor periskop adalah sensor OmniVision 64MP. Kamera selfie adalah 32MP.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.