Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Threads telah memperoleh 30 juta pendaftaran kurang 24 jam selepas pelancaran

Threads Malaysia

Platform media sosial terbaru daripada Facebook yang dilancarkan sebagai pencabar kepada Twitter iaitu Threads telah berjaya mencapai 30 juta pengguna kurang 24 jam selepas ianya mula ditawarkan.

Mark Zuckerberg telah mengesahkan perkara ini melalui akaun Threads beliau dan jumlah ini dicapai selepas pengesahan bahawa ianya telah menerima 10 juta muat turun didalam masa 7 jam selepas pelancaran.

Jumlah muat turun ini adalah sesuatu yang memberangsangkan memandangkan Threads masih belum dilancarkan di negara Kesatuan Eropah namun ianya akan tiba selepas ianya menerima penarafan daripada agensi berkaitan.

Threads tersedia di Apple AppStore dan Google Play Store, atau pada desktop di threads.net. Cara paling mudah untuk mendaftar adalah dengan akaun Instagram dan nama pengguna sedia ada namun ini juga bermaksud anda tidak boleh memadam akaun Threads anda tanpa memadamkan akaun Instagram.

Selain itu, Threads juga akan memperkenalkan lebih banyak ciri baharu dari semasa ke semasa.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.