Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Threads boleh dipadamkan tanpa memadam akaun Instagram tidak lama lagi

 

Platform media sosial Threads telah mula ditawarkan minggu lalu dan kebanyakkan pengguna sudah pasti mendaftar akaun Threads menggunakan profil Instagram mereka.

Walaubagaimanapun, selepas selesai pendaftaran, pasti ramai menyedari hakikat bahawa anda tidak boleh memadam akaun Threads anda kerana ianya akan turut memadamkan akaun Instagram anda namun syarikat ini dilaporkan sedang membangunkan satu penyelesaian yang tidak menjejaskan akaun Instagram.

Dua hari lalu, Mark Zuckerberg mendakwa bahawa Threads telah mempunyai 70 juta pengguna dan jumlah ini mungkin akan menghampiri angka 100 juta didalam waktu terdekat.

Threads kini tersedia di Apple AppStore dan Google Play Store, atau pada desktop di threads.net

Ikuti akaun Threads mobilefokus di : https://www.threads.net/@mobilefokus

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.