Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MatePad Air kini rasmi di Malaysia – RM 2,799

HUAWEI secara rasminya telah melancarkan tablet terbaru  ke pasaran Malaysia iaitu HUAWEI MatePad Air yang merupakan tablet premium syaikat ini.

MatePad Air memiliki skrin paparan 11.5-inci dengan resolusi 2.8K dan sokongan kadar segar semula 144Hz, cip Snapdragon 888, 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan sistem operasi HarmonyOS.

Selain itu, HUAWEI MatePad adalah sebuah tablet berkuasa tinggi yang turut menawarkan aplikasi WPS Office setaraf pada komputer peribadi dan ianya turut menyokong HUAWEI M-Pencil dan HUAWEI Smart Magnetic Keyboard.

Seterusnya, MatePad Air juga memiliki kamera 13MP dibahagian belakang manakala kamera hadapan adalah 8MP. Tablet ini juga memiliki bateri 8,300mAh dengan pengecasan pantas 40W.

Akhir sekali, HUAWEI MatePad Air ini kini ditawarkan pada harga RM 2,799 dan setiap pembelian ketika tempoh pra-tempahan (6 Julai hingga 21 Julai) akan menerima HUAWEI M-Pencil dan HUAWEI Smart Magnetic Keyboard secara percuma.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.