Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI nova 11 Pro dan nova 11 kini rasmi di Malaysia – harga dari RM 2,199

HUAWEI secara rasminya telah memperkenalkan HUAWEI nova 11 Series di Malaysia dan ianya didatangkan didalam dua model iaitu HUAWEI nova 11 dan HUAWEI nova 11 Pro.

HUAWEI nova 11 Pro

HUAWEI nova 11 Pro adalah model mercu didalam nova 11 Series dan ianya tampil dengan skrin paparan OLED FHD+ berukuran 6.78-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan ianya juga dilapisi gelas keselamatan kunlun Glass yang terbukti tahan lasak.

Selain itu, HUAWEI nova 11 Pro menampilkan rekaan yang premium iaitu dengan panel belakang Monogram Vegan Leather dan ianya dikuasakan cip Snapdragon 778G 4G, 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Ianya tampil dengan antaramuka EMUI 13 yang membawakan HUAWEI Mobile Services dan turut mempunyai akses kepada aplikasi Google terus dari AppGallery.

Beralih kepada kamera, nova 11 Pro memiliki sensor utama Ultra Vision 50MP dengan AIS dan sensor ultrawide makro 8MP. Kamera selfie adalah tumpuan utama telefon pintar ini dimana ianya tampil dengan sensor utama 60MP + 8MP dengan teknologi XD Portrait.

Dalam pada itu, nova 11 Pro mempunyai bateri berkapasiti 4,500mAh bersama teknologi pengecasan pantas 100W HUAWEI SuperCharge Turbo 2.0.

HUAWEI nova 11 Pro akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Green dan Black pada harga RM 2,599, jualan akan bermula pada 27 Julai dengan setiap pembelian akan menerima HUAWEI Band 7 (RM 219).

HUAWEI nova 11

HUAWEI nova 11 adalah model yang lebih berpatutan dimana ianya OLED FHD+ berukuran 6.7-inci dengan kadar segar semula 120Hz namun tiada lapisan Kunlun Glass disertakan.

telefon pintar ini juga dikuasakan cip Snapdragon 778G 4G, 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Ianya tampil dengan antaramuka EMUI 13 yang membawakan HUAWEI Mobile Services dan turut mempunyai akses kepada aplikasi Google terus dari AppGallery.

Beralih kepada kamera, nova 11 memiliki sensor utama Ultra Vision 50MP dengan AIS dan sensor ultrawide makro 8MP. Kamera selfie adalah tumpuan utama telefon pintar ini dimana ianya tampil dengan sensor utama 60MP dengan teknologi XD Portrait.

Dalam pada itu, nova 11  mempunyai bateri berkapasiti 4,500mAh bersama teknologi pengecasan pantas 66W HUAWEI SuperCharge Turbo.

HUAWEI nova 11 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Green dan Black pada harga RM 2,199.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.