Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI nova 11i turut dilancarkan pada harga lebih berpatutan – RM 1,299

Selain nova 11 pro dan nova 11, HUAWEI juga telah memperkenalkan HUAWEI nova 11i di Malaysia pada harga RM 1,299.

HUAWEI nova 11i adalah model yang bajet yang tampil dengan LCF FHD+ berukuran 6.7-inci dengan kadar segar semula 90Hz.

telefon pintar ini juga dikuasakan cip Snapdragon 680 , 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Ianya tampil dengan antaramuka EMUI 13 yang membawakan HUAWEI Mobile Services dan turut mempunyai akses kepada aplikasi Google terus dari AppGallery.

Beralih kepada kamera, nova 11i memiliki sensor utama 48MP dan sensor ultrawide depth 2MP. Kamera selfie telefon pintar ini adalah sensor 16MP.

Dalam pada itu, nova 11 i mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh bersama teknologi pengecasan pantas 40W HUAWEI SuperCharge Turbo.

HUAWEI nova 11i akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Mint Green dan Starry Black pada harga RM 1,299. Jualan akan bermula pada 27 Julai dan setiap pembelian akan menerima HUAWEI Powerbank secara percuma.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.