Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing Phone (2) akan dilancarkan di Malaysia pada 14 Julai ini

Nothing Phone (2) Malaysia

Nothing Phone (2) akan dilancarkan secara rasmi pada 11 Julai ini dan telefon pintar terbaru daripada Nothing kini telah disahkan akan turut memasuki pasaran Malaysia.

Nothing Malaysia telah mengesahkan bahawa pelancaran tempatan Nothing Phone (2) akan berlangsung pada 14 Julai ini dan syarikat ini juga telah berkerjasama dengan syarikat telekomunikasi YES.

Selain itu, Nothing Phone (2) juga telah disahkan akan menggunakan cipset premium Snapdragon 8+ Gen 1, rekaan yang telah ditambah baik dan bateri berkapasiti 4,700mAh.

Dalam pada itu, Nothing juga telah mendedahkan sepenuhnya reka bentuk panel belakang telefon pintar.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.