Coca-Cola dan Riot Games Lancar Perisa Edisi Terhad – Ultimate Zero Sugar
Coca-Cola telah bergandingan dengan Riot Games, iaitu penerbit dan pembangun League of Legends, untuk melancarkan perisa edisi terhad baharu daripada Coca-Cola Creations.
Coca-Cola Ultimate Zero Sugar menawarkan Rasa Poin Pengalaman (+XP) kepada para peminat dan pemain bagi meraikan setiap langkah perjalanan mereka – tidak kira perjuangan pertama di Summoner’s Rift ataupun di peringkat akhir Worlds untuk mengejar Summoner’s Cup.
Coca-Cola Ultimate Zero Sugar melambangkan kerjasama sulung antara Coca-Cola dengan syarikat permainan itu dalam mencipta perisa baharu untuk menyemarakkan pengalaman para pemain.
Kolaborasi berkenaan pasti akan membawa keterujaan kepada para pemain di seluruh dunia, seiring dengan keluaran produk, pengalaman bermainan, serta pengalaman digital yang ditawarkan.
Pemain League of Legends boleh mendapatkan emote Ultimate edisi terhad dengan menyelesaikan satu siri misi yang diaktifkan mengikut urutan:
Dapatkan tujuh ‘assits’ dalam satu permainan untuk mendapatkan emote Ultimate Teamplay.
Dapatkan 12,000 emas dalam satu permainan untuk mendapatkan emote Ultimate Gains.
Menangi satu permainan dalam masa kurang dari 20 minit untuk emote Ultimate Tempo.
Emote Ultimate akan tersedia sehingga 18 Julai, jam 11:59 malam (Waktu Standard Pasifik).
Tambahan pula, dengan mengimbas kod QR pada tin Coca-Cola Ultimate Zero Sugar, pemain akan dibawa ke Coca-Cola Creations Hub, iaitu hub pengalaman digital Coca-Cola Creations yang unik.
Antara tawaran menarik yang tersedia di Coca-Cola Creations Hub ialah Ultimate Emote Generator, penapis Instagram yang membolehkan pemain menggayakan diri dengan emote League of Legends untuk dikongsikan di media sosial.