Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo X90s dilancarkan secara rasmi dengan cip Dimensity 9200+

vivo X90s

vivo secara rasminya telah memperkenalkan vivo X90s di pasaran China selang 7 bulan selepas pelancaran vivo X90 dan perbezaan antara kedua-dua model ini adalah hanya pada cipset.

vivo X90s tampil dengan skrin paparan curved AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi QHD+ dan kadar segar semula 120Hz. ianya adalah panel yang mengeluarkan output 10-bit warna dan kecerahan maksima 1,300nits.

Selain itu, vivo X90s ini dijana cip MediaTek Dimensity 9200+, 8 atau 12GB RAM (LPDDR5X) dan storan dalaman sehingga 512GB (UFS 4.0) serta OriginOS 3 yang berasaskan Android 13.

Beralih kepada kamera, vivo X90s tampil dengan satu sensor utama 50MP IMX866 yang memiliki aperture f/1.75 dan OIS, satu sensor ultrawide 12MP IMX663 dan satu sensor telefoto 12MP IMX633 yang menawarkan 2x zoom optik.

ke bahagian bateri, vivo X90s tampil dengan dwi-sel bateri berkapasiti 4,810mAh dengan pengecasan pantas 120W

vivo X90s akan ditawarkan didalam dua warna iaitu white dan green pada harga dari CNY 3,999 (RM 2,582)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.