Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Insta360 GO 3 dilancarkan secara rasmi – tampil dengan Action Pod yang mempunyai skrin flip

Insta360 GO 3 Malaysia

Insta360 secara rasminya telah memperkenalkan kamera mudah alih lasak Insta360 Go 3 yang sangat kompak dan ianya juga disertakan bersama Action Pod yang mempunyai skrin paparan flip.

Insta360 GO 3 ini mempunyai berat 35g dan mempunyai aperture F2.2 yang menyokong pengambilan gambar dalam format INSP dan DNG serta merakam video dalam MP4. Anda boleh mengambil gambar dengan Insta360 GO 3 pada resolusi 2,560×2,560 (1:1), 1,440×2,560 (9:16), 2,560×1,440 (16:9) dan 2,936×1,088-piksel (2.7: 1) resolusi. Video pula boleh dirakam dalam resolusi 1080p, 1,440p dan 2.7K pada kadar bingkai 24, 25, 30 dan 50 FPS (2.7K tidak menyokong rakaman 50 FPS).

Selain itu, Insta360 GO 3 memiliki tiga mod rakaman video iaitu Pre-Recording, Loop Recording, dan Timed Capture. Time Capture membolehkan anda menjadualkan GO 3 untuk dihidupkan dan mula merakam pada masa tertentu.

Terdapat juga mod FreeFrame yang membolehkan anda mengubahsuai nisbah video selepas rakaman, membolehkan anda merakam satu video untuk dimuat naik sebagai Instagram reels dalam nisbah 9:16 atau video YouTube dalam nisbah 16:9.

Dengan Insta360 GO 3, anda juga boleh merakam video gerak perlahan 120 FPS dalam resolusi 1080p.

Insta360 GO 3 mempunyai giroskop 6 paksi dan dilengkapi dengan FlowState Stabilization dan 360 Horizon Lock. Kamera ini juga mempunyai dua mikrofon untuk rakaman audio yang jelas.

Dalam pada itu, Action Pod pula tanpil skrin sentuh flip 2.2-inci dengan berat 96.3g dan ianya disambung ke Insta360 GO 3 melalui Bluetooth . Terdapat tiga kapasiti storan bagi kamera ini iaitu 32GB,64GB dan 128GB.

Seterusnya, Action Pod juga mempunyai penarafan kalis air IPX4 dan mempunyai bateri 1,270 mAh yang boleh dicaj penuh  dalam masa 65 minit. GO 3 pula mempunyai penarafan IPX8 dan dengan bateri 310 mAh yang mengambil masa 35 minit untuk pengecasan penuh. GO 3  mempunyai jangka masa penggunaan selama 45 minit, yang meningkat kepada 170 minit apabila dipasangkan dengan Action Pod.

Insta360 GO 3 kini ditawarkan pada harga dari $399.99 (RM 1,836).

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.