Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme melonjak ke tangga 21 didalam senarai Top 50 Kantar BrandZ Chinese Global Brand Builders 2023

realme

realme

Google dan Kantar telah mengeluarkan senarai Top 50 Kantar Brand Z Chinese Global Brand Builders 2023 yang menyaksikan realme telah naik ke kedudukan ke-21, melonjak 29 tempat berbanding tahun lepas.

Walaupun merupakan syarikat termuda dalam senarai tersebut , realme telah bertapak dengan pantas di pasaran global kerana cerapan pasarannya yang tajam, inovasi produk yang berterusan, kedudukan produk yang jelas dan pengaruh jenama yang kukuh.

realme melonjak ke tangga 21 didalam senarai Top 50 Kantar BrandZ Chinese Global Brand Builders 2023 1

Berprinsipkan falsafah No Leap, No Launch – teknologi peneraju pada realme C-Series D kini memfokuskan kepada  inovasi, peningkatan kualiti dan banyak lagi.

pada tahun 2023, realme Malaysia memulakan strategi siri C dengan mengikuti falsafah produk baharu mereka: “No Leap, No Launch” dan syarikat ini komited untuk menyediakan produk yang melebihi jangkaan pengguna.

Dengan terus berinovasi dan menyampaikan pengalaman unggul, realme telah menarik minat golongan muda, yang mendorong pertumbuhan jenama yang sihat dan mampan. Kejayaan pelancaran realme C55 dan C53 di Malaysia adalah bukti jelas bahawa realme berada didalam landasan yang betul .

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.