Redmi 12 kini rasmi dengan cip MediaTek G88 dan skrin 90Hz
Xiaomi secara rasminya telah memperkenalkan Redmi 12 dan ianya telah ditawarkan dipasaran Thailand buat masa ini.
Redmi 12 hadir dengan skrin paparan berukuran 6.79-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz, sensor utama 50MP, sensor ultrawide 8MP, sensor makro 2MP dan kamera selfie 8MP.
Selain itu, Redmi 12 juga dijana cip MediaTek G88, 4GB/8GB RAM dan storan dalaman 128/256GB.
Selain itu, Redmi 12 turut memiliki bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas 18W, antaramuka MIUI 14 yang berasaskan Android 13, sensor capjari pada butang kuasa, bicu audio 3.5mm dan penarafan IP53.
Redmi 12 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Midnight Black, Sky Blue dan Polar Silver.