Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone X tidak tersenarai untuk kemaskini iOS 17

iPhone X

iPhone X

Apple telah mengumumkan generasi baharu sistem operasi iOS 17 yang tampil dengan beberapa ciri baharu seperti Live Voicemail, StandBy dan NameDropd. Seperti biasa, Apple akan menghentikan penawaran kemaskini bagi beberapa model iPhone yang lama dan tahun ini iPhone X, iPhone 8 dan iPhone 8 Plus telah ‘disingkirkan’.

Apple iOS 17 kini rasmi – berikut adalah ciri baharu yang ditawarkan

Ini bermaksud anda memerlukan model iPhone XS dan lebih baharu jika ingin mencuba iOS 17 yang mana halangan utama mungkin disebabkan cip Apple A11 Bionic yang sudah berusia.

Berikut adalah model iPhone yang akan menerima kemaskini iOS 17

Dalam pada itu, generasi pertama iPad Pro dan generasi kelima iPad yang dilancarkan pada tahun 2017 juga tidak akan menerima kemaksini iPadOS 17.

Apple iOS 17 akan mula ditawarkan kepada pengguna iPhone selepas pelancaran iPhone 15 Series pada bulan September.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.