Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Unpacked akan diadakan buat pertama kali di Seoul

Samsung secara rasminya telah mengesahkan bahawa majlis pelancaran Samsung Unpacked yang kedua bagi tahun ini akan berlangsung di Seoul bertempat di COEX di Samseong-dong, Gangnam.

Samsung Unpacked pertama telah berlangsung di Las Vegas pada tahun 2010 dan ianya telah diadakan di pelbagai bandar utama dunia yang termasuk Barcelona, Berlin, London dan New York.

Samsung berkata Seoul dipilih “kerana peranannya dalam mempengaruhi trend global dengan budaya dinamik dan inovasinya, sementara ia juga mencerminkan keyakinan kukuh Samsung dalam kategori foldable.”

Dalam pada itu, Samsung tidak mengesahkan apakah yang akan dilancarkan pada Unpacked seterusnya namun sedia umum bahawa Samsung akan melancarkan Galaxy Z Fold5 dan Z Flip5.

Akhir sekali, Samsung juga mengumumkan bahawa majlis ini akan berlangsung pada minggu akhir bulan Julai namun blog post pengesahan rasmi ini telah dipadam.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.