Apple iOS 17 kini rasmi – berikut adalah ciri baharu yang ditawarkan
Apple secara rasminya telah memperkenalkan iOS 17 di WWDC 23 dan ianya tampil dengan beberapa ciri baharu yang sudah pasti berguna kepada pengguna iPhone.
Apple iOS 17 akan dilancarkan dengan Apple iPhone 15 Series pada bulan September dan akan ditawarkan kepada pengguna iPhone yang lain selepas itu.
Berikut adalah beberapa ciri menarik pada iOS 17:
Live Voicemail – anda tidak lagi perlu menjawab panggilan yang diterima dari nombor yang tidak kenali – iPhone akan menjawab panggilan ini secara automatik untuk anda dan akan memaparkan transkrip secara langsung tentang perkara yang diperkatakan oleh pemanggil, yang membolehkan anda memutuskan untuk bercakap dengan mereka atau tidak.
Selain itu, panggilan yang dikenal pasti sebagai spam oleh pembawa tidak akan muncul sebagai Live Voicemail dan akan ditolak serta-merta.
Contact Posters – Ini adalah paparan call screen yang boleh dipra-tetap oleh anda dengan meletakkan gambar atau memoji pilihan anda.
NameDrop – anda kini boleh berkongsi maklumat ‘contact’ melalui ciri NameDrop dengan meletakkan dua peranti iPhone atau Apple Watch bersebelahan untuk bertukar maklumat perhubungan.
SharePlay – SharePlay kini menyokong untuk memainkan muzik atau video pada dua peranti secara serentak dan ianya juga menyokong aksesori audio yang disambungkan kepada iPhone pengguna.
FaceTime – FaceTime kini membolehkan anda meninggalkkan mesej audio atau video sekiranya panggilan FaceTime tidak dijawab. Selain itu, FaceTime juga menerima ciri Video Reactions dan panggilan FaceTime juga dikini boleh dibuat/jawab terus dari Apple TV (pemindahan dari iPhone ke Apple TV juga sokong).
Siri – pengaktifan bantuan suara Siri kini boleh diaktifkan dengan menyebut “Siri” sahaja dan menyokong back-to-back command.
Ciri baharu lain pada iOS 17 adalah LiveJournal, AI-enhanced autocorrect, Check In, StandBy.