Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C53 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 599 sahaja

realme C53 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 599 sahaja 7

realme secara rasminya telah melancarkan telefon pintar kelas entry-level iaitu realme C53 untuk pasaran Malaysia.

realme C53 ini akan hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 6.74-inci dengan kadar segar semula 90Hz dan terdapat juga kamera selfie 8MP yang turut memiliki paparan notifikasi UI Mini Capsule.

realme C53 Malaysia

Selain itu, realme C53 juga dijana cip 12nm UniSoc T612, 6GB RAM (sehingga 12GB Dynamic RAM) , storan dalaman 128GB dan realme UI T Edition yang berasaskan Android.

realme C53 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 599 sahaja 8

Pada bahagian belakang, C53 ini memiliki sensor utama 50MP bersama sensor depth 2MP dan telefon pintar ini juga memiliki rekaan premium yang dikenali Shiny Champion dengan ketebalan 7.49mm.

Seterusnya, telefon pintar terbaru realme ini juga memiliki bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas 33W SUPERVOOC, ultraboom speaker dan bicu audio 3.5mm.

realme C53 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 599 sahaja 9

Dalam pada itu, realme C53 akan ditawarkan di Malaysia didalam dua warna iaitu Champion Gold dan Mighty Black.

Akhir sekali, realme C53 (6GB+128GB) akan ditawarkan pada harga RM 599 dan boleh boleh di stor rasmi realme di Shopee, Lazada dan TikTok , realme brand store realme dan wakil penjual rasmi bermula pada 7 Jun 2023. realme C53 akan turut ditawarkan melalui syarikat telekomunikasi seperti Maxis dan UMobile.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.