Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing Phone (2) akan dikilangkan di India

 

Nothing Phone (2)

Nothing sedang bersiap sedia untuk melancarkan generasi kedua telefon pintar mereka iaitu Nothing Phone (2) dan ianya akan dikeluarkan di kilang BYD Electronic di India.

Untuk rekod, Nothing Phone (1) juga dikeluarkan di India oleh BYD Electronics yang berpangkalan di Shenzen dan Nothing juga telah mengesahkan bahawa proses pembuatan adalah lebih mesra alam dengan pembebasan CO2 bagi setiap unit telefon pintar adalah 53.45kg iaitu 5kg lebih rendah berbanding Nothing Phone (1).

Dalam pada itu, Nothing juga telah mengesahkan. bahawa telefon pintar ini akan dikuasakan cip Snapdragon 8+ Gen 1, bateri berkapasiti 4,700mAh dan 3 kemaskini Android OS.

Nothing Phone (2) akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Julai 2023.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.