Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iOS 16 kini digunakan pada 81% model iPhone yang aktif

iOS 16

Laporan terbaru mendakwa sistem operasi Apple iOS 16 yang dilancarkan pada bulan September yang lalu kini sudah mencapai 81% daripada jumlah iPhone yang aktif.

Selain itu, 13% daripada kesemua model iPhone yang masih aktif beroperasi pada iOS 15 manakala baki 6% beroperasi pada generasi iOS sebelumnya.

Bagi tablet pula, 71% daripada iPad yang aktif kini telah menggunakan iPadOS 16 diikuti 20% pada iPadOS 15

Jika dibandingkan dengan Android, Google berkata bahawa hanya 12% peranti Android telah beralih kepada Android 13 setakat bulan April 2023.

Dalam pada itu, Apple akan mengumumkan iOS 17 pada WWDC 2023 yang akan berlangsung esok.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.