Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple Store pertama di Malaysia dijangka akan dibuka pada Februari 2024

Apple Store Malaysia The Exchange TRX

Impian untuk melihat stor rasmi pertama Apple di Malaysia bakal menjadi realiti pada awal tahun 2024.

Menurut penganalisa terkemuka Bloomberg iaitu Mark Gurman, Apple Store pertama di Malaysia yang bertempat di The Exhchange TRX akan dibuka pada bulan Februari 2024.

Apple dilaporkan bakal membuka 15 stor di rantau Asia Pasifik yang termasuk 4 stor di India dan 1 di Malaysia.

Laporan Mark Gurman juga menyatakan bahawa pembukaan stor rasmi Apple di Malaysia akan berlaku selepas pembukaan dua stor rasmi di Korea Selatan pada bulan Disember tahun ini.

Dalam pada itu, Apple dilihat memberikan tumpuan khas kepada pasaran Asia Pasifik yang telah menjana pendapatan sekitar RM 597 bilion bagi tahun 2022 namun setakat ini hanya tiga stor rasmi yang beroperasi di rantau ini iaitu 2 di Singapura dan 1 di Thailand.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.