Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 15 Pro Max akan tampil dengan sensor utama dan skrin seperti pada iPhone 14 Pro Max

Apple iPhone 15 Pro Max

Apple iPhone 15 Pro Max

Pelancaran generasi baharu Apple iPhone hanya berbaki tiga bulan sahaja lagi dan khabar angin mengenai telefon pintar ini sudah mula bertiup kencang.

Laporan terbaru mengatakan bahawa Apple iPhone 15 Pro Max akan kekal menggunakan sensor utama 48MP IMX803 yang diperkenalkan pada iPhone 14 Pro Series walaupun sebelum ini terdapat laporan yang mengatakan iPhone 15 Pro Max akan menggunakan sensor 1-inci Sony IMX903.

Selain itu, Apple iPhone 15 Pro Max juga akan memiliki panel OLED yang sama namun ukuran dimensi generasi baharu ini adalah lebih kompak yang memberikan petunjuk telefon pintar ini mungkin tampil dengan bezel yang lebih nipis.

Seterusnya, Apple iPhone 15 Pro Max akan turut memiliki sensor periskop yang akan membawakan pengzooman optikal 6x, cip 3nm Apple A17 Bionic, slot USB-c dan 8GB RAM jenis LPDDR5.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.