Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Xiaomi Redmi Note 12 – Pengalaman visual skrin AMOLED kini pada peranti entry-level

Xiaomi Redmi Note 12 Malaysia

Pengenalan

Xiaomi Redmi Note Series boleh dikatakan sebagai siri telefon pintar terpenting Xiaomi selepas telefon pintar flagship syarikat ini dan tahun ini model yang dilancarkan boleh dikatakan meliputi segmen pasaran kelas pertengahan premium sehingga kelas midrange mampu milik.

Bagi pasaran Malaysia, Xiaomi mempertaruhkan 5 model Redmi Note 12 iaitu Note 12 Pro+, Note 12 Pro, Note 12  Note 12 4G dan Note 12S.

Walaupun telefon pintar dengan sokongan 5G adalah sesuatu yang perlu dimiliki, namun teknologi ini boleh dikatakan masih belum cukup matang malah kebanyakkan syarikat telekomunikasi tempatan juga masih belum menawarkan rangkaian 5G.

Ini menjadikan telefon pintar seperti Redmi Note 12 4G masih mendapat permintaan yang mana perbezaan dengan model 5G adalah tidak begitu ketara namun mampu memberikan anda penjimatan yang lebih banyak.

Berikut adalah ulasan Redmi Note 12 4G yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 699.

Reka Bentuk

Xiaomi Redmi Note 12 4G mempunyai rekaan yang sedikit berbeza apabila dibandingkan dengan model 5G yang model ini mempunyai rangka yang lebih bulat pada sisi manakala rekaan modul kamera adalah sama seperti pada Xiaomi 12 Lite dan telefon pintar ini juga mempunyai pensijilan kalis rintangan air IP54.

Selain daripada paparan hadapan, Xiaomi Redmi Note 12 4G ini diperbuat sepenuhnya daripada plastik dengan kemasan belakang yang agat menyinar namun tidak terlalu mengumpul kesan capjari.

Dalam pada itu, modul kamera telefon pintar ini tampil didalam bentuk segiempat yang menempatkan tiga sensor kamera bersama satu lampu flash LED. Bongol kamera tidak terlalu tinggi namun masih tidak rata sepenuhnya.

Dari segi kedudukan butang pula, Redmi Note 12 4G ini mempunyai butang kuasa + sensor capjari dan kelantangan bunyi pada sisi kanan manakala pada bahagian bawah terdapat gril pembesar suara, slot USB-C dan mikrofon. Seterusnya, sisi kiri mempunyai slot SIM diikuti bicu audio 3.5mm, IR Blaster dan mikrofon dibahagian rangka atas.

Kedudukan butang kuasa adalah mudah dicapai namun butang kelantangan suara memerlukan sedikit usaha tambahan kerana profil peranti ini yang tinggi.

Menyentuh sedikit mengenai penampilan hadapan, ianya tampil dengan rekaan yang agak normal dimana terdapat bezel yang nipis pada sisi namun bezel bawah agak tebal dengan rekaan punch-hole yang kecil dan telefon pintar ini mempunyai ukuran 7.9mm dengan berat sekitar 185gram.

Skrin Paparan

Xiaomi Redmi Note 12 4G berkongsi skrin paparan AMOLED yang sama seperti pada Redmi Note 12 5G iaitu panel berukuran 6.57-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz namun tiada sebarang sokongan HDR.

Walaubagaimanapun, Redmi Note 12 4G boleh dikatakan sebagai antara telefon pintar termurah untuk menampilkan penggunaan panel OLED dengan sokongan kadar segar semula 120Hz dan telefon pintar ini juga menawarkan kadar kecerahan melebih 700nits yang meletakkanya hampir setaraf kepada penawaran peranti flagship.

Dalam pada itu, anda boleh menetapkan dua mod kadar segar semula iaitu pada kadar standard 60Hz atau kadar maksima 120Hz. Menariknya, Xiaomi juga menyertakan sokongan Always-On Display pada Redmi Note 12 4G ini.

Pemproses

Xiaomi Redmi Note 12 4G dijana cip Snapdragon 685 yang merupakan cipset 6nm terbaru daripada Qualcomm yang menawarkan prestasi hampir setaraf seperti Snapdragon 680 dan ianya juga memiliki GPU Adreno 610 untuk tugas grafik. Bagi pasaran Malaysia, Redmi Note 12 4G memiliki 6GB RAM atau 8GB dengan storan dalaman 128GB.

Antara penambahbaikan yang dibawa oleh cip Snapdragon 685 ini adalah penggunaan FastConnect 6200 dan sokongan Bluetooth 5.2.

Sebagai sebuah peranti bajet, cip Snapdragon 685 dilihat mampu memberikan prestasi harian yang baik namun ianya tidak mampu menguruskan tugas grafik berat.

Selain itu, Xiaomi Redmi Note 12 4G juga disertakan bersama antaramuka MIUI 14 yang berasaskan Android 13 namun perbezaan yang ada antara MIUI 13 dan generasi baharu ini adalah minima.

Secara keseluruhan, pretasi telefon pintar ini adalah sesuatu yang mampu memenuhi keperluan pengguna yang memerlukan sebuah telefon pintar bajet.

Redmi Note 12

Kamera

Redmi Note 12 4G menampilkan penggunaan sensor utama 50MP yang memiliki aperture f/1.8, sensor ultrawide 8MP f/2.2 dengan 120° FoV dan sensor makro 2MP f/2.4.

Dalam pada itu, telefon pintar ini juga disertakan dengan sensor kamera selfie 13MP f/2.5.

Prestasi sensor utama Redmi Note 12 4G adalah sangat baik dimana hasil gambar yang diperoleh adalah memuaskan terutamanya pada waktu siang manakala prestasi sensor ultrawide dan sensor makro adalah tangkap muat sahaja.

Dalam pada itu, prestasi malam bagi sensor utama juga tidak terlalu menggagumkan namun ianya adalah sesuatu yang dijangka pada telefon pintar didalam kelas harga seperti ini.

Seterusnya, Redmi Note 12 4G juga dilihat mampu memberikan pengguna gambar potret dan selfie yang cukup baik untuk pengambilan biasa yang mungkin boleh dikongsikan kepada akaun media sosial anda.

 

Bateri

Xiaomi Redmi Note 12 4G memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang merupakan kapasiti standard dipasaran tidak kira tahap harga telefon pintar tersebut.

Selain itu, penggunaan cip Snapdragon 685 yang sangat cekap tenaga memastikan jangka hayat bateri yang sangat baik dan ianya turut disertakan dengan pengecasan pantas 33W.

Ini memberikan anda pengecasan ke tahap 55% dalam 30 minit pertama manakala pengecasan penuh mengambil masa sekitar 70 minit.

Penutup

Xiaomi Redmi Note 4G terbukti sebagai sebuah telefon pintar entry-level yang sangat berbaloi untuk dimiliki lebih-lebih lagi dengan penggunaan panel OLED 120Hz pada tahap harga ini.

Walaupun tiada sokongan 5G, telefon pintar ini boleh dikatakan mungkin menjadi antara model Redmi Note 12 4G yang terlaris khususnya yang mencari sebuah peranti sampingan pada harga yang berpatutan.

Xiaomi Redmi Note 12 4G kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 699.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.