Telefon pintar gaming terbaik pada harga bajet – Infinix NOTE 30 Pro kini ditawarkan pada harga dibawah RM 900
Infinix merupakan syarikat telefon paling berkembang pesat didunia dan prestasi syarikat ini di pasaran Malaysia sepanjang tahun 2022 syarikat ini juga telah memulakan tahun 2023 dengan prestasi yang amat positif.
Kejayaan luar biasa yang dikecapi Infinix ini adalah dengan mempertaruhkan telefon pintar Infinix NOTE Series yang selari dengan visi Infinix untuk menawarkan pelanggan peranti yang memiliki prestasi gaming hebat dan reka bentuk yang bergaya.
Selain itu, Infinix juga telah menjalinkan kerjasama dengan permainan video Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan merupakan telefon pintar gaming rasmi MLBB MSL Championship.
Kejohanan MLBB MSL Championship ini telah bermula pada 21 Mei dengan hadiah wang tunai bernilai sehingga RM30,000 selain giftbox Infinix NOTE Series bernilai RM 5,500 untuk dimenangi.
Selain itu, Infinix juga akan menawarkan edisi khas giftbox Infinix NOTE 30 Series yang menampilkan Hero MLBB iaitu Joy.
Infinix NOTE Series ini telah dilancarkan di Malaysia pada 24 Mei yang lalu dan sebanyak 2 model telah diperkenalkan iaitu Infinix NOTE 30 Pro dan NOTE 30.
Infinix NOTE 30 adalah telefon pintar yang lebih berpatutan dan ianya tampil dengan skrin paparan 120Hz Eye-Care, prestasi kelas flagship dengan penggunaan cip Helio G99, ciri Extended RAM sehingga 16GB dan teknologi pengecasan pantas 45W All-Round FastCharge.
Nak tahu lebih lanjut tentang Infinix NOTE 30 Pro?, Teruskan membaca sehingga ke perenggan akhir.
Infinix 68W All-Round FastCharge + 15W wireless All-Round FastCharge
Infinix HOT 30 Series merupakan telefon pintar pertama Infinix untuk menampilkan teknologi All-Round FastCharge yang membolehkan pengguna mengatasi pelbagai masalah berkaitan pengecasan seperti penggunaan adapter yang sesuai, kerosakan bateri yang disebabkan oleh pengecasan pantas dan kebimbangan tentang jangka hayat bateri yang memberi kesan kepada pengalaman penggunaan harian.
Selain itu, teknologi pengecasan All-Round FastCharge pada Infinix NOTE 30 Series adalah sebuah teknologi pengecasan terbaru syarikat ini yang diumumkan baru-baru ini dan ianya menjadi realiti hasil dari penggunaan komponen, perisian dan pengoptimuman lain untuk memberikan pengguna satu pakej pengecasan pantas yang selamat, pintar dan fleksibel.
Infinix NOTE 30 Series akan menampilkan teknologi pengecasan pantas 68W All-Round FastCharge bersama sokongan pengecasan pantas 15W wireless All-Round FastCharge.
Teknologi ini menampilkan pengecasan dwi-saluran dengan dua pam selari 2:1 yang membolehkan pengecasan bateri berkapasiti 5,000mAh dari tahap 1%-80% dicapai didalam masa 30 minit sahaja.
Dalam pada itu, pengecasan selama 5 minit melalui teknologi All-Round Fast Charge pada Infinix NOTE 30 Pro membolehkan anda menikmati sehingga 2.1 jam waktu permainan (MLBB) supaya anda tidak perlu menunggu lama untuk kembali beraksi.
Satu lagi ciri yang pasti diterima baik oleh kaki gamers diluar sana adalah teknologi Bypass Charge yang akan mengalihkan arus pengecasan terus ke motherboard yang akan mengurangkan kepanasan dan memastikan telefon kekal sejuk semasa sesi gaming yang berpanjangan. Pengecasan Bypass Charge mampu mengurangkan suhu peranti sehingga 7°C berbanding mod pengecasan biasa.
Paparan Kelas Flagship 120Hz AMOLED Eye-care Display
Pengalaman flagship Infinix NOTE 30 Pro juga boleh dilihat pada bahagian skrin dengan penggunaan panel skrin paparan 10-bit AMOLED yang turut menyokong kadar segar semula 120Hz.
Selain itu, ciri Infinix Smart Refresh dan Magellan Engine membolehkan skrin pada Infinix NOTE 30 Pro menyesuaikan secara automatik kepada kadar penyegaran yang paling sesuai yang membantu memberikan pengalaman visual paling lancar sambil mengekalkan jangka hayat bateri yang baik dan ianya juga telah menerima penarafan TÜV Rheinland bagi kadar cahaya biru yang rendah dan tanpa ‘flicker’ yang melindungi mata dari keletihan visual dan masalah penglihatan yang disebabkan oleh penggunaan peranti yang berpanjangan.
Seterusnya , paparan Infinix NOTE 30 Pro ini juga memiliki kecerahan maksima sehingga 900nits, 1920Hz PWM Dimming dan 100% liputan gamut warna DCI-P3.
Helio G99 6nm Ultra Power Processor dengan Android 13
Infinix NOTE 30 Pro menampilkan penggunaan cipset MediaTek Helio G99 yang diperbuat daripada proses fabrikasi 6nm yang menempatkan lebih banyak transistor ke dalam saiz cipset yang lebih kecil untuk memberikan anda prestasi luar biasa dan penggunaan tenaga yang rendah. Dengan menggabungkan cipset ini bersama teknologi USP terbaik Infinix, HOT 30 Pro mempunyai kebolehan untuk menawarkan anda prestasi peranti yang luar biasa.
Selain itu, Infinix NOTE 30 Pro juga tampil dengan antaramuka XOS 13 yang berasaskan Android 13 yang membawakan pengguna beberapa ciri baharu seperti Lightning Multi-Window dan PC connection 2.0.
Ciri Extended RAM sehingga 16GB, 8GB RAM + Storan Dalaman 256GB
Bersama cip MediaTek Helio G99, Infinix NOTE 30 Pro juga memiliki 8GB RAM yang boleh ditambah sehingga 16GB dengan ciri Extended RAM dan ianya juga memberikan anda storan dalaman 256GB yang membolehkan anda menyimpan lebih banyak aplikasi gaming kegemaran anda, multimedia, fail dan banyak lagi.
Dapatkan Infinix NOTE 30 Pro sekarang!
Infinix NOTE 30 Pro kini telah ditawarkan secara rasmi di Malaysia pada harga RM 899 sahaja manakala Infinix NOTE 30 pula akan ditawarkan pada harga RM 699.
Selain itu, bagi pembelian Infinix NOTE 30 atau NOTE 30 Pro melalui rakan pengedar rasmi juga akan memberikan anda peluang untuk memenangi giftbox edisi terhad Infinix | Mobile Legend Bang Bang MSL Championship (sementara stok masih ada).
Dalam pada itu, Infinix juga memberikan anda peluang tambahan untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM 20,000 yang termasuk komputer riba Infinix, televisyen pintar dan earphone XE27 TWS dengan menyertai peraduan dalam talian. Pemenang akan diumumkan pada 9 Jun 2023.
Dapatkan Infinix NOTE 30 Series di
🛒 Stor rasmi Infinix Malaysia di Lazada
🛒 Stor rasmi Infinix Malaysia di Shopee