Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

MEASAT menawarkan perkhidmatan jalur lebar satelit percuma kepada warga ATM yang bertugas di pos-pos kawalan persempadanan terpencil

 

MEASAT CONNECTme NOW

MEASAT Global Berhad yang merupakan penyedia perkhidmatan jalur lebar satelit di Malaysia akan menyediakan perkhidmatan jalur lebar satelit percuma kepada warga barisan hadapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas di pos-pos kawalan persempadanan terpencil terpilih di seluruh negara melalui program tanggungjawab sosial korporatnya (Corporate Social Responsibility – CSR).

CONNECTme NOW oleh MEASAT merupakan perkhidmatan Hotspot WiFi jalur lebar satelit prabayar terkemuka di Malaysia. Ia menyediakan perkhidmatan jalur lebar satelit bertumpukan komuniti bagi merealisasikan aspirasi jalur lebar negara.

Pada hari ini, CONNECTme NOW menyediakan 400,000 hubungan jalur lebar dalam komuniti yang tidak terhubung dan menetap di kawasan-kawasan luar liputan 4G atau terestrial di seluruh negara. Keupayaan MEASAT dalam menyampaikan jalur lebar satelit berkelajuan tinggi di seluruh negara menjadikannya rakan strategik untuk menyokong aspirasi Kerajaan Malaysia untuk mencapai 100% liputan internet di kawasan-kawasan berpenghuni menjelang tahun 2025.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.