Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Watch Ultimate kini rasmi pada harga RM 3,799 – pencabar Apple Watch Ultra

HUAWEI Watch Ultimate

HUAWEI Watch Ultimate adalah jam tangan pintar premium yang menawarkan gabungan gaya dan kualiti yang tiada tandingan.

Jam tangan pintar flagship terbaru HUAWEI ini  merangkumi kemuncak teknologi dan inovasi reka bentuk dalam kalangan produk Huawei.

HUAWEI Watch Ultimate memiliki rangka yang diperbuat daripada logam cecair berasaskan zirkonium yang inovatif dengan estetika dan tekstur yang elegan yang menjadikannya pilihan utama untuk jam tangan mewah.

HUAWEI Watch Ultimate kini rasmi pada harga RM 3,799 - pencabar Apple Watch Ultra 9

Selain itu, HUAWEI WATCH Ultimate juga tampil Mod Ekspedisi serba baharu yang direka khas untuk menyokong pelbagai aktiviti lasak seperti berkhemah dan mendaki.

Seterusnya, HUAWEI Watch Ultimate juga mempunyai ketahanan kalis air luar biasa yang membolehkanya digunakan untuk selaman laut dalam dan terdapat mod selaman profesional yang memastikan anda berada dalam keadaan yang selamat dibawah air.

HUAWEI Watch Ultimate kini rasmi pada harga RM 3,799 - pencabar Apple Watch Ultra 10

Bercakap mengenai jangka hayat bateri, Watch Ultimate menawarkan sehingga 14 hari jangka hayat bateri atau 8 hari dengan penggunaan agresif dan ianya juga tampil dengan pengecasan pantas yang membolehkan pengecasan penuh dilakukan didalam masa 60 minit sahaja.

HUAWEI Watch Ultimate kini rasmi pada harga RM 3,799 - pencabar Apple Watch Ultra 11

Dalam pada itu, Watch Ultimate juga membawakan pelbagai fungsi lain seperti bacaan SpO2, kadar degupan jantung, analisi ECG,  pengesan stress dan banyak lagi.

HUAWEI Watch Ultimate kini rasmi pada harga RM 3,799 - pencabar Apple Watch Ultra 12

HUAWEI Watch Ultimate didalam warna Voyage Blue kini ditawarkan  pada harga RM 3,799 dan boleh didapati di semua Kedai Pengalaman HUAWEI, Laman Web Rasmi HUAWEI dan Kedai Rasmi di Shopee dan Lazada mulai 11 Mei 2023.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.