Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A24 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 999

Samsung Galaxy A24

Samsung secara rasminya telah mengumumkan penawaran satu lagi telefon pintar Samsung Galaxy A Series di Malaysia iaitu Samsung Galaxy A24.

Samsung Galaxy A24  hadir dengan skrin paparan Super AMOLED 90Hz berukuran 6.5-inci dengan resolusi FHD+, cip MediaTek Helio G99, 8GB RAM + 8GB RAM Plus dan storan dalaman 128GB.

Selain itu, Galaxy A24 hadir dengan sensor utama 50MP yang memiliki OIS, sensor ultrawide 5MP, sensor makro 2MP dan kamera selfie adalah 13MP.

Seterusnya, Samsung Galaxy A24 juga memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 25W dan ianya juga akan hadir dengan 4 kemaskini Android serta 5 tahun kemaskini keselamatan.

Akhir sekali, Galaxy A24 akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu Light Green, Black dan Dark Red pada harga RM 999 dimana pembelian mulai hari ini sehingga 31 Mei juga akan menerima satu tahun lanjutan waranti dan clear case bernilai RM 79 secara percuma.

Dapatkan Samsung Galaxy A24 di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.