Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI P60 Pro peroleh 156 mata di ujian kamera DxOMark

Telefon pintar flagship terbaru daripada HUAWEI didalam HUAWEI P Series iaitu HUAWEI P60 Pro kini telah sebagai telefon pintar dengan sistem kamera terbaik oleh DxOMark.

HUAWEI P60 Pro telah memperoleh 156 mata yang mana ianya mengatasi OPPO Find X6 Pro yang memiliki 153 mata dan Magic5 Pro yang memiliki 152 mata.

Selain itu, pecahan mata yang diperoleh HUAWEI P60 Pro adalah 159 mata bagi gambar, 158 mata bagi zoom, 147 mata bagi video, 75 mata bagi preview dan 80 mata bagi bokeh.

Jika anda ingin memiliki telefon pintar ini, berita baik kepada anda kerana HUAWEI P60 Pro akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 11 Mei ini.

Baca : ULASAN : HUAWEI P60 Pro – Telefon Pintar dengan sistem kamera terbaik bagi tahun 2023

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.