Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 16 Pro Series akan memiliki Face ID terbina dalam skrin

Apple iPhone 16 Pro

Apple iPhone X yang dilancarkan pada tahun 2017 merupakan iPhone pertama untuk tampil dengan rekaan tanpa butang ‘Home’ dan bezel atas yang mempunyai takukan.

Rekaan ini juga bermaksud peralihan kepada nisbah skrin 16:5:9 dari 16:9 yang mana nisbah ini masih digunakan pada iPhone 14 Series dan akan turut digunakan pada  iPhone 15 Series tahun ini.

Walaubagaimanapun, Apple iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max dilaporkan akan tampil dengan nisbah skrin yang lebih tinggi iaitu 20:9 atau 20:5:9 yang bermaksud saiz skrin akan lebih besar kepada 6.2X-inci dan 6.8X-inci berbanding 6.1-inci dan 6.7-inci ketika ini.

Apa yang lebih menarik adalah, Ross Young berkata bahawa iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max pada tahun 2025 akan mengemaskini rekaan Dynamic Island dengan mengalihkan sistem Face ID ke bawah skrin dan mengekalkan lubang punch-hole untuk kamera selfie.

Bercakap mengenai iPhone 15 Series, kita mungkin melihat telefon pintar pertama Apple dengan USB-C menjadi realiti pada bulan September ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.