Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : HUAWEI P60 Pro – Telefon Pintar dengan sistem kamera terbaik bagi tahun 2023

HUAWEI P60 Pro

HUAWEI P60 Pro Malaysia

Pengenalan

Tahun 2023 telah menyaksikan HUAWEI P Series menerima generasi terbaru produk ikonik syarikat ini selepas HUAWEI P50 Series dilancarkan pada tahun 2021.

Dengan setiap edisi baharu, telefon pintar HUAWEI P Series menunjukan dedikasi HUAWEI untuk memperkenalkan inovasi baharu dalam teknologi pengimejan mudah alih.

HUAWEI P60 Pro ialah generasi terbaharu yang diperkenalkan kepada barisan produk Siri P  jenama itu.

HUAWEI P60 Pro memfokuskan pada elemen cahaya dalam fotografi dan mengeksploitasinya untuk mencapai kemungkinan baharu dalam teknologi kamera telefon pintar dengan teknologi XMAGE dan sensor telefoto Ultra Lightning baharu.

Selain itu, HUAWEI juga menggunakan falsafahrekaan  yang mengambil inspirasi daripada keunikan dan realisme alam semula jadi pada HUAWEI P60 Pro yang tampil dengan reka bentuk Rococo Pearl yang unik digabungkan dengan paparan Quad-Curve dengan Kaca Kunlun yang sangat tahan lasak.

Berikut adalah ulasan HUAWEI P60 Pro yang telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

ULASAN : HUAWEI P60 Pro - Telefon Pintar dengan sistem kamera terbaik bagi tahun 2023 1

Reka Bentuk

Sejak generasi pertama HUAWEI P Series, telefon pintar didalam siri ini tidak pernah ‘salah’ didalam keunikan reka bentuk dan HUAWEI P60 Pro meneruskan lagi rekod ini.

Bagi pasaran global, HUAWEI P60 Pro ditawarkan didalam dua warna iaitu Rococo Pearl dan Black yang sama seperti unit ulasan kami.

ULASAN : HUAWEI P60 Pro - Telefon Pintar dengan sistem kamera terbaik bagi tahun 2023 2

HUAWEI P60 Pro didalam warna Black ini menampilkan lapisan kaca pasir halus yang merupakan kaca bertekstur baharu yang terasa lembut dan halus seperti bulu tetapi berkilauan seperti berlian. Selain mengekalkan asas warna hitam yang tradisional dan anggun, lapisan berkilauan menjadikan reka bentuk kelihatan seperti nebula di langit malam dan ianya juga mempunyai sifat anti cap-jari.

ULASAN : HUAWEI P60 Pro - Telefon Pintar dengan sistem kamera terbaik bagi tahun 2023 3

Selain itu, Reka bentuk modul kamera HUAWEI P60 Pro meletakkan kamera utama yang paling dibahagian tengah  manakala sensor ultra-telefoto dan sudut ultra-lebar diletakkan diantara kamera utama yang menyerlahkan rekaan Eye of Light dan mengembalikan kebaharuan kamera tradisional ke era baharu pengimejan mudah alih.

Modul kamera juga diletakkan di atas lapisan lutsinar terampai yang dibina di atas telefon, mewujudkan ilusi binaan peranti yang lebih nipis dan modul kamera yang menonjol yang sudah pastinya menarik perhatian sesiapa sahaja.

ULASAN : HUAWEI P60 Pro - Telefon Pintar dengan sistem kamera terbaik bagi tahun 2023 4

ULASAN : HUAWEI P60 Pro - Telefon Pintar dengan sistem kamera terbaik bagi tahun 2023 5

Bercakap mengenai susunan butang, HUAWEI P60 Pro memiliki butang kuasa (dengan jalur merah) dan butang kelantangan suara pada sisi kanan manakala pada bahagian bawah terdapat slot USB-C, gril pembesar suara stereo dan slot SIM. Ini bermaksud sisi kiri tidak mempunyai sebarang butang atau slot namun terdapat jalur antena yang bermaksud chasis yang digunakan adalah diperbuat daripada keluli.

Secara keseluruhan, HUAWEI P60 Pro mempunyai rekaan yang premium setaraf dengan reputasi telefon pintar ini sebagai sebuah peranti flagship dan ianya mempunyai ketebalan 8.3mm dengan berat 200gram.

ULASAN : HUAWEI P60 Pro - Telefon Pintar dengan sistem kamera terbaik bagi tahun 2023 6

Skrin Paparan

HUAWEI P60 Pro menampilkan pengunaan paparan Quad-Curve Display yang pertama kali membuat penampilan pada HUAWEI P40 Series.

Walaubagaimanapun, HUAWEI telah menambahbaik penampilan panel ini yang mana ianya tampil lebih bulat dan bucu yang lebih halus . Selain itu, ia memberikan pengguna cengkaman yang lebih selesa dan pengalaman sentuhan yang tepat.

Selain itu, HUAWEI P60 Pro juga dilapisi gelas keselamatan Kunlun yang dibangunkan sendiri oleh HUAWEI dan telah terbukti amat tahan lasak dan tahan pecah walaupun dijatuhkan pada permukaan seperti batu marmar dan ini sudah pastinya memberikan pengguna ketenangan minda daripada situasi tidak dingini seperti skrin retak yang pastinya menelan belanja yang tinggi untuk dibaiki.

ULASAN : HUAWEI P60 Pro - Telefon Pintar dengan sistem kamera terbaik bagi tahun 2023 7

Seterusnya, HUAWEI P60 Pro juga telah menerima pensijilan SGS 5-star drop resistance yang bermaksud ianya menepati piawaian tertinggi bagi teknologi gelas.

Dalam pada itu, panel skrin HUAWEI P60 Pro ini adalah panel 1 bilion warna yang mempunyai ukuran 6.67-inci dengan resolusi 2700 × 1220 piksel dan kadar segar semula dinamik 1-120Hz.

Lebih-lebih lagi, panel ini juga menyokong pengurusan gamut warna lebar P3 dan teknologi pembetulan warna metamerik. Ciri-ciri ini membolehkan HUAWEI P60 Pro menerima pensijilan TÜV Rheinland Colour Accuracy Dual pertama di dunia buat kali pertama pada telefon pintar.

ULASAN : HUAWEI P60 Pro - Telefon Pintar dengan sistem kamera terbaik bagi tahun 2023 8

Pemproses

HUAWEI P60 Pro tampil dengan cip pemprosesan kelas flagship daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 8+ Gen 1 4G yang dilancarkan pada lewat tahun 2022 dan dilihat mempunyai kebolehan untuk kekal sebagai antara cipset berprestasi tinggi untuk tempoh beberapa tahun lagi.

Cip Snapdragon 8+ Gen 1 ini dipadankan dengan GPU Adreno yang tidak didedahkan versinya dan tidak lupa dua kapasiti RAM iaitu 8GB atau 12GB bersama storan dalaman 256GB atau 512GB.

Selain itu, HUAWEI P60 Pro juga tampil dengan antaramuka EMUI 13.1 yang membawakan beberapa ciri baharu seperti 3D Weather AOD (Always on Display) dan tidak ketinggalan stor aplikasi ketiga terbesar didunia iaitu HUAWEI AppGallery sebagai tunjang kepada azam HUAWEI untuk kembali sebagai antara pengeluar telefon pintar terbaik didunia.

ULASAN : HUAWEI P60 Pro - Telefon Pintar dengan sistem kamera terbaik bagi tahun 2023 9

Seterusnya, kebanyakkan pengguna musykil dengan ketiadaan Google Mobile Services pada telefon pintar HUAWEI seperti HUAWEI P60 Pro, namun ini tidak bermaksud anda tidak boleh menggunakan aplikasi berkaitan Google seperti Google Maps, Google Meet, Google Drive dan Youtube.

Dengan memuatnaik aplikasi Lighthouse pada AppGallery, kesemua aplikasi berkaitan Google kini boleh digunakan dengan selamat tanpa was-was.

Selain aplikasi rasmi Google, HUAWEI AppGallery juga dibanjiri pelbagai aplikasi popular tempatan yang anda minati yang termasuk aplikasi berbankan.

Secara keseluruhanya, prestasi HUAWEI P60 Pro adalag setaraf dengan kebanyakkan telefon pintar flagship lain dipasaran dan EMUI 13.1 menjanjikan satu antaramuka yang lebih mesra pengguna.

ULASAN : HUAWEI P60 Pro - Telefon Pintar dengan sistem kamera terbaik bagi tahun 2023 10

Kamera

HUAWEI P Series sememangnya terkenal dengan penawaran teknologi kamera terbaik dan HUAWEI P60 Pro dilihat akan membawa fotografi pada telefon pintar ke satu tahap yang lebih tinggi.

ULASAN : HUAWEI P60 Pro - Telefon Pintar dengan sistem kamera terbaik bagi tahun 2023 11

HUAWEI P60 Pro menampilkan penggunaan tiga sensor kelas flagship iaitu sensor utama 48 MP Ultra Lighting yang tampil dengan aperture fizikal boleh ubah antara f1/.4 sehingga f/4.0 yang memberikan anda hasil gambar yang lebih tersuai mengikut keadaan penggambaran.

sensor telefoto

Selain itu, HUAWEI P60 Pro juga memiliki satu lagi sensor 48MP iaitu sensor telefoto Ultra Lighting yang memiliki aperture f/2.1 dan OIS yang juga turut ditawarkan pada sensor utama.

sensor ultrawide HUAWEI P60 Pro

Dalam pada itu, sensor ketiga yang ditawarkan pada telefon pintar ini adalah sensor ultrawide 13MP yang memiliki aperture f/2.2.

Lebih-lebih lagi, kombinasi sensor ini dengan teknologi XMAGE membolehkan HUAWEI P60 Pro memberikan anda hasil gambar yang amat luar biasa dimana setiap gambar mempunyai kejelasan dan maklumat yang sangat terperinci tidak kira gambar diambil pada waktu siang atau malam.

Selain itu, Sensor telefoto yang digunakan pada HUAWEI P60 Pro juga telah membuka lembaran fotografi baharu melalui sensor telefoto yang terbaik dipasaran  membolehkan hasil gambar yang diperolehi melalui sensor telefoto adalah sangat menakjubkan.

ULASAN : HUAWEI P60 Pro - Telefon Pintar dengan sistem kamera terbaik bagi tahun 2023 12

Bercakap mengenai kamera selfie, HUAWEI P60 Pro menampilkan penggunaan sensor 13MP yang ternyata mampu memberikan hasil gambar selfie yang baik kepada pengguna.

 Berikut adalah hasil gambar yang menunjukkkan kemampuan zoom HUAWEI P60 Pro :

Berikut adalah hasil gambar daripada HUAWEI P60 Pro :

ULASAN : HUAWEI P60 Pro - Telefon Pintar dengan sistem kamera terbaik bagi tahun 2023 48

Bateri

HUAWEI P60 Pro disertakan dengan bateri berkapasiti 4,815mAh yang menjanjikan anda jangka hayat bateri yang sangat cekap tenaga walaupun digunakan secara agresif sepanjang hari.

Bersama bateri ini, HUAWEI juga menyertakan teknologi pengecasan pantas 88W SuperCharge Turbo yang memberikan anda 50% pengecasan didalam masa 10 minit sahaja.

Selain itu, HUAWEI juga menyertakan mod pengecasan Turbo yang membolehkan anda melakukan pengecasan yang lebih pantas ketika diperlukan .

Bersama pengecasan pantas berwayar ini, HUAWEI P60 Pro juga disertakan dengan pengecasan pantas tanpa wayar pada kadar 50W yang pastinya akan menjadi satu alternatif berguna kepada anda.

ULASAN : HUAWEI P60 Pro - Telefon Pintar dengan sistem kamera terbaik bagi tahun 2023 49

Penutup

HUAWEI P60 Pro terbukti sebagai telefon pintar dengan sistem kamera terbaik dipasaran dan ianya digabungkan dengan prestasi peranti kelas flagship yang menjanjikan pengguna satu pakej peranti yang terbaik pada semua aspek.

Selain itu, penggunaan aplikasi Google pada telefon pintar ini juga membolehkan akses mudah kepada aplikasi popular Google seperti YouTube, GMail dan banyak lagi.

Akhir sekali , HUAWEI P60 Pro akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 11 Mei yang mana segala maklumat jualan dan promosi pembelian akan diumumkan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.