Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi A2+ kini rasmi di Malaysia – peranti entry-level pada harga RM 399 sahaja

Xiaomi secara rasminya telah mengumumkan penawaran telefon pintar entry-level Redmi A2+ di Malaysia dan ianya akan mula ditawarkan dipasaran tempatan bermula 9 Mei ini.

Redmi A2+ memiliki skrin paparan HD+ berukuran 6.52-inci, cip MediaTek Helio G36, 3GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 64GB.

Selain itu, Redmi A2+ memiliki sensor utama 8MP f/2.0 bersama sensor depth QVGA dan kamera selfie 5MP.

Dalam pada itu, Redmi A2+ juga mempunyai bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan 10W (microUSB), sensor capjari dibahagian belakang, bicu audio 3.5mm dan Android 13 Go Edition.

Xiaomi Redmi A2+ akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu Black, Light Blue, dan Light Green pada harga RM 399 mulai 9 Mei ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.