Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple akan guna panel microLED pada Watch Ultra bermula 2024 – selepas itu pada iPhone

Apple Watch Ultra microLED

Apple Watch Ultra microLED

Apple dilaporkan akan mula menggunakan panel microLED pada produk mereka seawal tahun 2024 dan ini adalah kali ketiga laporan mengenai perkara ini ditulis.

Menurut laporan Institute for Information & Communications Technology Promotion (IITP), Apple mempunyai hasrat untuk mengilangkan panel ini tanpa bergantung kepada mana-mana pengeluar namun masih belum mampu untuk memulakan proses pengeluaran ini. Ini menyebabkan Apple bergantung kepada pengeluar panel dari Korea Selatan iaitu Samsung Display dan LG Display.

Selain itu, penggunaan panel microLED akan bermula pada Apple Watch Ultra pada tahun 2024 dan seterusnya ke iPhone selepas teknologi lebih matang dan kos yang lebih murah namun ianya dijangka tidak akan menjadi realiti sehingga tahun 2025.

Tahun ini kita akan menyaksikan Apple beralih kepada pengguna slot USB-C selain penggunaan panel skrin yang memiliki Dynamic Island pada semua model iPhone 15.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.