Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 11 Series dilancar pada 10 Mei ini – guna sensor 200MP

realme 11 Series

realme secara rasminya telah mengesahkan bahawa pelancaran realme 11 Series akan berlangsung pada 10 Mei ini dan pengesahan ini telah diberikan melalui akaun Weibo syarikat ini yang bermaksud ianya akan dilancarkan dipasaran China terlebih dahulu sebelum ke pasaran global tidak lama selepas itu.

Siri realme 11 ini akan terdiri daripada tiga model iaitu realme 11, realme 11 Pro dan realme 11 Pro+ yang dijangka akan menawarkan sokongan 5G.

realme 11 Pro+

Selain itu, realme 11 Pro dan realme 11 Pro+ juga dijangka akan menggunakan panel skrin curved OLED untuk rekaan yang lebih premium, sensor 200MP bersama OIS dan rekaan panel belakang vegan leather.

Akhir sekali, realme 11 Series dijangka akan turut memasuki Malaysia lewat tahun ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.