Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : OnePlus Nord Buds 2 – TWS Entry-Level Premium dengan ANC dan 36 jam waktu pendengaran

OnePlus Nord Buds 2

Pengenalan

Selepas melancarkan OnePlus 11 dengan OnePlus Buds 2 Pro, OnePlus telah menyusuli pelancaran ini dengan OnePlus Nord CE 3 Lite 5G bersama OnePlus Nord Buds 2.

OnePlus Nord Buds adalah sebuah earbuds kelas entry-level yang dilancarkan sebagai pengganti kepada OnePlus Nord Buds namun ianya kini ditambah dengan ciri ANC yang menjadikanya sebagai antara earbuds jenama premium dengan ANC yang termurah dipasaran.

OnePlus Nord Buds 2 kini telah dilancarkan di Malaysia pada harga RM 329 namun ianya masih ditawarkan pada harga promosi RM 299 sahaja.

Rekaan

OnePlus Nord Buds 2 mempunyai rekaan yang sedikit berbeza apabila dibandingkan dengan OnePlus Nord Buds yang mana generasi baharu ini mempunyai bucu yang melengkung bersama kemasan yang menampilkan imej premium.

OnePlus Nord Buds 2 telah diperbuat daripada bahan yang mesra alam. Bahagian luarnya bekas pengecasan ini mempunyai unsur kosmik dengan titik yang unik. Reka bentuk ini juga menjanjikan ketahanan yang tinggi dan ianya turut mempunyai pensijilan IP55.

Selain itu, setiap earbuds Nord Buds 2 ini adalah sekitar 4.7gram manakala bekas pengecasan mempunyai berat 37.5gram dan ianya boleh didapati didalam warna iaitu Lightning White dan Thunder Grey.

Unit ulasan kami tampil didalam warna Lightning White yang mana ianya mempunyai penutup berwarna perak dengan logo OnePlus untuk kemasan dwi-tona yang cantik dan sempurna.

Pada bahagian hadapan terdapat satu lampu indikasi LED manakala butang fungsi dan slot USB-C diletakkan bersebelahan antara satu sama lain pada bahagian belakang.

Dalam pada itu, rekaan earbuds ini jug sedikit berbeza dimana tangkai earbuds ini adalah lebih lebar dengan sudut melengkung dan terdapat juga gelung berwarna krom yang menambagkan nilai estetik earbuds ini.

Selain itu, OnePlus juga menyertakan dua lagi saiz eartip tambahan yang boleh dipadankan mengikut keselesaan cuping telinga anda dan terdapat juga kabel US -C didalam warna merah dan pelekat emoji yang boleh dilekatkan pada bekas pengecasan Nord Buds 2 ini.

Ciri-Ciri Audio

Untuk menikmati keupayaan penuh OnePlud Nord Buds 2 ini, pastikan anda memuatnaik aplikasi HeyMelody yang tersedia di Google Play Store dan Apple App Store.

HeyMelody membolehkan anda mengakses pelbagai tetapan earbuds seperti kemaskini perisian, peratusan bateri setiap earbuds, tahap pembatalan bunyi hingar, Sound Master EQ dan banyak lagi.

Selain itu, OnePlus juga memberikan anda menetapkan kawalan earbuds pada aplikasi ini dan ianya boleh disesuaikan mengikut mengikut keperluan anda.

Akhir sekali, satu lagi ciri menarik HeyMelody adalah ciri Find my earbuds yang membolehkan anda mengesan earbuds anda yang hilang dimana apabila ciri ini diaktifkan ianya akan mengeluarkan bunyi beep yang agak kuat.

Kodec Audio AAC

Untuk meningkatkan lagi konsistensi dalam pendengaran audio, OnePlus Nord Buds 2 menggunakan Advanced Audio Coding (AAC) yang merupakan ciri pengekod dan penyahkod audio digital yang memindahkan data ke peranti output audio Bluetooth, seperti fon kepala anda. Ini membolehkan fon telinga mengekod fail audio dan menstrimkannya pada peranti pilihan anda.

Pemacu 12.4mm

OnePlus Nord Buds 2 menampilkan unit pemacu  12.4mm, yang boleh meningkatkan kualiti bass dengan membenarkan lebih banyak aliran masuk udara. Lapisan tambahan titanium dalam getaran diafragma meningkatkan kekuatan audio dan memberikan tindak balas segera untuk audio yang lebih berkuasa dan jelas.

Ciri ANC

OnePlus Nord Buds 2 menampilkan ciri pembatalan bunyi hingar aktif (ANC) yang mampu menapis bunyi bising persekitaran sehingga  25dB dan pemproses dwi-teras juga disertakan untuk mengurangkan bunyi latar belakang yang tidak diingini. Ia menawarkan kesan yang menampis bunyi bising luaran untuk memberikan anda pengalaman pendengaran yang lebih imersif dan senyap.

Seterusnya, panggilan audio menggunakan earbuds juga telah telah ditambah baik pad generasi ini dimana ciri Advanced Clear Call dengan bantuan algoritma AI akan bertindak menapis bunyi bising di luar dan audio panggilan dipertingkatkan supaya ia disampaikan dengan lebih jelas melalui fon telinga.

Ciri ANC OnePlus Nord Buds 2 terdiri daripada dua tahap iaitu Noise Cancellation atau Transparency yang boleh diaktifkan dengan sentuhan pada earbuds atau melalui aplikasi HeyMelody.

Ciri ANC pada OnePlus Nord Buds 2 ini bukan lah antara yang terbaik dipasaran namun ianya sekurang-kurangnya masih mampu menapis bunyi luaran pada tahap yang memuaskan.

Dolby Atmos dan Dirac Audio Tuner

OnePlus Buds 2 juga menawarkan Dirac Audio Tunner apabila ianya digunakan bersama  telefon pintar OnePlus seperti OnePlus Nord Ce 3 Lite 5G dan ciri Dolby Atmos juga menjadikan tontonan video dan pendengaran muzik lebih mengasyikkan.

Jangka Hayat Bateri

OnePlus Nord Buds 2 tampil dengan jangka hayat bateri yang sangat memuaskan iaitu sekitar 5 jam pendengaran melalui bateri pada earbuds atau sehingga 27 jam pendengaran apabila digunakan bersama bekas pengecasan dengan mod ANC dan AAC diaktifkan.

Selain itu, earbuds ini juga menawarkan pengecasan pantas yang memberikan anda sehingga 5 jam pendengaran (tanpa ANC) dengan 10 minit pengecasan.

Penutup

OnePlus Nord Buds 2 adalah sebuah TWS yang telah menambahbaik beberapa kelemahan yang boleh dilihat pada generasi sebelum ini dan ianya juga disertakan dengan ciri ANC namun masih belum mencapai tahap yang memuaskan.

OnePlus Nord Buds adalah sebuah earbuds kelas entry level yang baik namun harga sekitar RM 329 sudah pastinya akan menjadikan pengguna membuat perbandingan dan pertimbangan menyeluruh sebelum membuat pelaburan ini.

OnePlus Nord Buds 2 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 299 (RM 30 diskaun).

Beli di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.