Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Mencari sebuah Tablet terbaik dipasaran yang meningkatkan produktiviti dan hiburan? HUAWEI MatePad 11″ 2023 adalah calon terbaik pada harga serendah RM 1,799 sahaja

 

HUAWEI MatePad 11 2023

HUAWEI Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan penawaran tablet HUAWEI MatePad 11 2023 di pasaran tempatan pada harga RM 1,799.

Menariknya, keupayaan HUAWEI MatePad 11 2023 ini adalah setaraf sebuah komputer riba yang menggabungkan anda produktiviti, kreativiti dan hiburan didalam satu peranti yang luar biasa. 

Dengan ciri berkuasa tinggi dan rekaan elegan lagi premium, HUAWEI MatePad 11″ adalah peranti yang perlu anda cari untuk memberi anda akses mudah kepada kerja rasmi seperti pengurusan dokumen, mencatat nota penting, melayari laman web atau sekadar menghabiskan hujung minggu dengan menonton filem kegemaran anda.

Alami Penggunaan WPS Office seperti pada komputer riba

Walaupun dari segi luaran, HUAWEI MatePad 11 2023 adalah sebuah tablet namun kemampuan dan kuasa pemprosesan yang dimiliki membolehkanya melakukan tugas-tugas berat seperti sebuah komputer riba. Untuk memastikan pengguna menikmati pengalaman kerja yang lebih mudah, tablet ini juga dilengkapi aplikasi WPS Office yang turut disertakan bersama papan kekunci pintar yang membolehkan anda memasuki ekosistem pekerjaan dimana sahaja pada bila-bila masa. 

Keunikan Rekaan Starlight Sand dan Kamera Cosmic Star Ring 

HUAWEI amat sinonim dengan pertukangan produk yang terbaik dipasaran dan HUAWEI MatePad 11 2023 adalah satu lagi contoh terbaik kepada kenyataan ini. Penampilan tablet berkuasa tinggi terbaru HUAWEI ini disempurnakan dengan rekaan panel belakang Starlight Sand bersama kombinasi modul kamera Cosmic Star Ring yang berkilauan dan bergemerlapan seperti langit diwaktu malam.

Seterusnya, HUAWEI MatePad 11 2023 juga dilengkapi sensor kamera 13MP dibahagian belakang dan sensor 8MP dibahagian hadapan untuk anda menikmati hasil gambar terbaik yang boleh diperoleh daripada sebuah tablet.

 HUAWEI Notes – Aplikasi Nota Terbaik Untuk Anda

HUAWEI Notes adalah aplikasi yang membawa pengalaman mencatat nota pada tablet ke satu tahap yang lebih tinggi kerana aplikasi ini membolehkan anda mencatat nota yang lebih kemas dengan sokongan pelbagai templat dan fungsi penukaran tulisan tangan kepada teks.

Selain itu, HUAWEI Notes juga menyokong penyediaan nota yang digabungkan bersama imej untuk menjadikanya medium sesuai bagi membuat pembentangan kerja atau projek akademik pelajar.

Pengalaman Visual tiada bandingan dengan 120Hz 2.5K HUAWEI FullView Display 

Skrin paparan adalah antara aspek utama yang akan meningkatkan kepuasan penggunaan tablet terutamanya untuk hiburan dan gaming. Menyedari perkara ini, HUAWEI telah melengkapkan MatePad 11 2023 dengan paparan HUAWEI FullView Display yang menyokong resolusi 2.5K dan kadar segar semula 120Hz yang membolehkan pengguna menikmati visual yang lebih mendalam sesuai untuk pelbagai jenis aktiviti.

SuperHub Smart Office 

SuperHub Smart Office adalah teknologi perkongsian fail yang dibangunkan sendiri oleh HUAWEI yang mempunyai fungsi menyeluruh yang membolehkan perkongsian fail antara peranti yang tersambung yang mungkin termasuk komputer riba, telefon pintar dan tablet.

SuperHub membolehkan anda melakukan perkongsian teks semudah ‘drag-and-drop’ atau kandungan multimedia seperti imej, video dan lagu diantara peranti yang tersambung dengan mudah dan pantas.

Aplikasi Google kegemaran anda kini di AppGallery

HUAWEI AppGallery kini adalah gedung aplikasi terbaik yang tersedia pada HUAWEI MatePad 11 2023 dan ianya juga menyokong penggunaan aplikasi popular kegemaran anda yang turut termasuk aplikasi Google.

Anda kini sudah boleh log masuk ke akaun Google anda dan menggunakan aplikasi berkait Google seperti Youtube, Google Meet, Google Docs, Google Classroom dan banyak lagi pada HUAWEI MatePad 11 dengan mudah dan selamat. 

Dapatkan HUAWEI MatePad 11 2023 Hari Ini!

HUAWEI MatePad 11 2023 adalah peranti terbaik untuk anda jika anda sedang mencari sebuah tablet yang mampu menawarkan kuasa dan prestasi seperti komputer riba pada harga yang berpatutan iaitu hanya RM 1,799 dan HUAWEI juga memberikan anda ganjaran tambahan stylus HUAWEI M-Pencil bernilai RM 499 secara percuma.

Tunggu apa lagi, dapatkan HUAWEI MatePad 11 2023 di stor HUAWEI Experience atau laman rasmi HUAWEI sekarang!.

🛒 HUAWEI Experience Store

🛒 Laman Rasmi HUAWEI Malaysia

🛒Stor rasmi HUAWEI di Lazada

🛒 Stor rasmi HUAWEI di Shopee



Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.