Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ASUS ROG Phone 7 Series kini rasmi dengan cip Snapdragon 8 Gen 2

ASUS secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru gaming ROG Phone 7 Series yang dianggotai dua model iaitu ROG Phone 7 dan ROG Phone 7 Ultimate.

ASUS ROG Phone 7 Series hadir dengan skrin paparan Samsung AMOLED HDR10+ berukuran 6.78-inci dengan teknologi eksklusif ROG tuning technology untuk mencapai kadar segar semula 165 Hz dan kadar pensampelan sentuhan 720 Hz serta kadar latensi 23 ms.

Panel ini mempunyai kecerahan sehingga 1,500nits dan ianya turut dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus.

Beralih kepada cipset, ASUS ROG Phone 7 dan ASUS ROG Phone 7 Ultimate dilengkapi cip Snapdragon 8 Gen 2 yang menawarkan 15% prestasi dan kecekapan tenaga yang lebih baik berbanding generasi sebelum ini dan ianya juga dipadankan dengan kapasiti RAM LPDDR5X sehingga 16GB serta storan dalaman sehingga 512GB jenis UFS 4.0.

ASUS ROG Phone 7 Series

Selain itu, ASUS ROG Phone 7 dan ASUS ROG Phone 7 Ultimate juga dilengkapi AirTrigger 6 yang telah ditambah baik dengan sokongan pelbagai gesture termasuk Dual Action, Press & Lift, dan Gyroscope Aiming.

Beralih kepada kamera, ASUS ROG Phone 7 Series juga dilengkapi sensor utama 50MP Sony IMX766, sensor ultrawide 13 MP dan sensor makro. Kamera selfie adalah 32MP.

Dalam pada itu, ASUS ROG Phone 7 Series juga memiliki sistem penyejukan GameCool 7 yang tampil dengan reka bentuk ruang wap baharu, yang meningkatkan kecekapan pelesapan haba sehingga 168%, membolehkan pengguna ROG Phone 7 Series bermain permainan pada prestasi penuh sambil mengekalkan suhu peranti yang rendah.

Selain itu, ASUS ROG Phone 7 Series juga akan dilengkapi bateri berkapasiti 6,000mAh dengan sokongan pengecasan HyperCharge 65W.

Dalam pada itu, ASUS ROG Phone 7 Series juga dilengkapi sistem pembesar suara stereo yang lebih lantang yang dibangunkan bersama Dirac dan bicu audio 3.5mm. kipas AeroActive Cooler 7 kini juga mempunyai satu subwoofer yang meningatkan bass sehingga 77%.

ASUS ROG Phone 7 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Phantom Black dan Storm White dengan Aura RGB pada panel belakang manakala ASUS ROG Phone 7 Ultimate pula akan ditawarkan secara eksklusif didalam warna Storm White dengan paparan ROG Vision mini-display

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.