Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jualan rasmi Samsung Galaxy A54 dan A43 kini bermula – dari RM 1,599

 

Samsung Galaxy A54 dan Galaxy A34

Samsung Galaxy A Series iaitu Samsung Galaxy A54 dan Galaxy A34 yang dilancarkan di pasaran Malaysia baru-baru ini kini telah mula dijual secara rasmi.

Samsung Galaxy A54 adalah model yang lebih kompak dimana ianya memiliki skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.4-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz serta sokongan Vision Booster.

Dalam pada itu, Galaxy A34 pula memiliki panel skrin Super AMOLED berukuran 6.6-inci dengan resolusi FHD+, kadar segar semula 120Hz dan Vision Booster.

Samsung Galaxy A54 dikuasakan dengan cip 5mm Exynos 1380 manakala Galaxy A34 pula tampil dengan cip daripada MediaTek iaitu Dimensity 1080 namun kedua peranti ini disertakan bersama 8GB RAM dan storan dalaman 256GB (dipasaran Malaysia).

Selain itu, kedua model ini tampil dengan pensijilan IP67, bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 25W.

Beralih ke kamera, Samsung Galaxy A54 memiliki sensor utama 50MP, sensor ultrawide 12MP dan sensor makro 5MP. Terdapat juga kamera selfie 32MP pada bahagian hadapan.

Seterusnya , Samsung Galaxy A34 memiliki sensor utama 48MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 5MP. Terdapat juga kamera selfie 13MP pada bahagian hadapan.

Samsung Galaxy A54 5G kini tersedia dalam empat pilihan warna iaitu Awesome Lime, Awesome Graphite, Awesome Violet dan Awesome White pada harga RM 1,899

Galaxy A34 5G hadir didalam empat pilihan warna iaitu Awesome Lime, Awesome Graphite, Awesome Violet dan Awesome Silver pada harga RM 1,599

Samsung Galaxy A54 dan Galaxy A34 kini ditawarkan  dengan dua tahun jaminan waranti dan percuma silicone cover (Galaxy A54) atau card slot case (Galaxy A34).

Maklumat lanjut di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.