Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Miliki sebuah tablet setaraf komputer riba dengan HUAWEI MatePad 11 pada harga RAHMAH 

HUAWEI sangat terkenal didalam penawaran tablet yang sangat komprehensif dimana ada sahaja model tablet yang mampu memenuhi keperluan anda sesuai dengan bajet dan kemampuan anda.

Terbaru, HUAWEI telah mengumumkan penawaran HUAWEI MatePad 11, sebuah tablet yang menggabungkan produktiviti, kreativiti dan hiburan didalam satu pakej yang cukup berpatutan.

Dengan ciri berkuasa tinggi bersama reka bentuk elegan, HUAWEI MatePad 11 adalah teman terbaik untuk anda  aktiviti harian seperti menyediakan dokumen, mencatat nota, melayari laman web atau menonton filem.

 WPS Office dan Papan Kekunci Pintar

HUAWEI MatePad 11 memberikan anda kemudahan seperti sebuah komputer riba namun pada badan tablet yang lebih mudah dibawa kemana-mana sahaja.

HUAWEI MatePad 11 2023 dilengkapi aplikasi WPS Office dan papan kekunci pintar yang boleh dicabut yang membolehkan anda melakukan kerja dokumentasi dimana sahaja pada bila bila masa.

Rekaan Starlight Sand Cosmic dengan Modul Kamera Cosmic Star Ring

Keunikan rekaan HUAWEI terserlah pada setiap produk keluaran mereka dan MatePad 11 2023 juga tidak terkecuali.

Tablet HUAWEI ini memiliki rekaan panel belakang Starlight Sand dengan kombinasi modul kamera Cosmic Star Ring yang bukan sahaja cantik dilihat malah menawarkan pengguna teknologi fotografi yang cukup memuaskan pada sebuah tablet dengan sensor 13MP pada bahagian belakang dan kamera hadapan 8MP untuk panggilan video pada aplikasi kegemaran anda.

Aplikasi HUAWEI Notes

Perkakaaan dalaman berkuasa tinggi HUAWEI MatePad 11 2023 juga digabungkan dengan aplikasi tersuai seperti HUAWEI Notes yang memberikan anda sepenuh kekebasan untuk menunjukkan kreativiti anda dengan mencatit nota, membuat lakaran dan membuat rumusan pada PDF dengan mudah.

Skrin 120Hz HUAWEI FullView dengan resolusi 2.5K

HUAWEI MatePad 11 2023 adalah antara tablet dengan skrin paparan terbaik dipasaran, ianya memiliki panel HUAWEI FullView yang memberikan anda kadar segar semula 120Hz bersama resolusi 2.5K untuk anda menikmati pengalaman visual yang tiada tandingan.

Selain itu, HUAWEI MatePad 11 2023 juga menyokong penggunaan HUAWEI M-Pencil (Generasi Ke-2) yang mana kombinasi kadar segar semula 120Hz membolehkan tablet ini memberikan anda penulisan menggunakan stylus yang lebih responsif dengan kadar latensi serendah 2ms yang menjadikanya sebuah tablet ideal untuk menunjukkan kreativiti anda dengan sempurna.

Kombinasi kadar segar semula dan resolusi skrin yang tinggi pada HUAWEI MatePad 11 2023 ini menjanjikan anda paparan dengan warna yang lebih mendalam, menjadikanya yang terbaik untuk menonton filem, bermain permainan video atau melayari laman web.

SuperHub Smart Office

HUAWEI MatePad 11 2023 juga disertakan dengan aplikasi SuperHub Smart Office, sebuah aplikasi komprehensif yang mengintegrasikan kesemua aplikasi dan peralatan kerja yang memberikan anda pengurusan tugas dan projek dengan lebih mudah.

Aplikasi Google Popular Kegemaran anda kini di AppGallery

Aplikasi kegemaran anda kini sedia untuk dimuat naik secara rasmi melalui HUAWEI AppGallery dan ini juga termasuk aplikasi Google. Anda hanya perlu memuatnaik aplikasi Lighthouse dari AppGallery dan ini akan membolehkan anda log masuk ke akaun Google dan semua aplikasi berkait Google seperti Youtube, Google Meet, Google Docs, Google Classroom dan banyak lagi dengan mudah pada tablet HUAWEI MatePad 11.

Pra-tempah HUAWEI MatePad 11 2023 hari ini dan nikmati prestasi seperti komputer riba pada tablet

HUAWEI MatePad 11 2023 kini tersedia untuk pra-tempahan pada harga yang sangat berpatutan iaitu hanya RM 1,799 dan anda juga diberikan ganjaran tambahan bernilai lebih dari RM 800 yang termasuk HUAWEI M-Pencil,  Akses WeTV VIP untuk 3 bulan, baucar BAIJIA  dan baucar dalam talian bernilai RM299 t untuk membeli papan kekunci pintar bagi MatePad 11.

Dapatkan HUAWEI MatePad 11 2023 sekarang : HUAWEI OFFICIAL STORE, shopee lazada

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.