Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Buka Kotak & Pandangan Pertama OnePlus Nord CE 3 Lite 5G 

Selepas menyelesaikan pelancaran telefon pintar flagship OnePlus 11 5G, syarikat ini telah mengalihkan perhatian kepada OnePlus Nord CE Series yang terkenal didalam penawaran telefon pintar yang berpatutan kepada pengguna.

OnePlus Nord CE Series yang baharu sahaja diumumkan di majlis pelancaran OnePlus Larger than Life adalah OnePlus Nord CE 3 Lite 5G dan earbuds Nord Buds 2.

Pihak OnePlus Malaysia telah memberikan kami akses awal kepada kedua-dua produk ini dan ini adalah buka kotak dan pandangan pertama OnePlus Nord CE 3 Lite 5G dan OnePlus Nord Buds 2.

Rekaan yang menyerlahkan kualiti OnePlus

Nord CE 3 Lite 5G adalah sebuah telefon pintar mampu milik namun ianya ditawarkan didalam rekaan yang mengekalkan mutu dan kualiti pembuatan syarikat ini.

OnePlus Nord CE 3 Lite 5G tampil didalam rekaan panel belakang yang lebih berkilat dengan ketebalan 8.3mm dan ianya digabungkan bersama rekaan rangka rata yang memaksimakan keselesaan ketika digunakan.

Selain itu, modul kamera juga tampil unik yang disesuaikan secara sempurna dengan panel belakang yang melengkung pada sisi.

OnePlus Nord CE 3 Lite 5G akan ditawarkan didalam dua warna yang menarik iaitu Pastel Lime dan Chromatic Gray.

OnePlus Nord CE 3 Lite 5G

Skrin Paparan 120Hz

OnePlus Nord CE 3 Lite 5G hadir dengan skrin paparan berukuran 6.72-inci dengan sokongan kadar segar semula 120Hz (adaptive) pada resolusi FHD+.

Ianya adalah panel LCD yang memberikan anda kepadatan piksel 391ppi dan panel skrin OnePlus Nord CE 3 Lite 5G ini juga dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass.

Dalam pada itu, paparan ini juga menawarkan kadar kecerahan maksima 680nits yang memberikan pengguna paparan yang cerah dan mudah dilihat pada apa jua keadaan.

Cip Snapdragon 695 5G

OnePlus Nord CE 3 Lite 5G tampil dengan cip kelas midrange daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 695 5G yang mampu menawarkan prestasi yang baik dan pada masa yang sama kecekapan pengunaan tenaga yang tinggi.

Bagi pasaran Malaysia, OnePlus Nord CE 3 Lite 5G  ditawarkan didalam versi yang memiliki 8GB RAM LPDDR4x dan storan dalaman UFS 2.2 berkapasiti 256GB.

OxygenOS 13.1 yang berasaskan Android 13

OnePlus Nord CE 3 Lite 5G disertakan dengan antaramuka OxygenOS 13.1 yang berasakan Android 13 dan ini bermaksud telefon pintar ini menerima versi OxygenOS yang sama seperti telefon pintar flagship OnePlus.

Nord CE 3 Lite 5G juga disahkan akan menerima dua kemaskini Android dan 3 tahun kemaskini keselamatan.

Bateri 5,000mAh & Pengecasan 67W SUPERVOOC Endurance Edition

OnePlus Nord CE 3 Lite 5G dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang disertakan bersama pengecasan pantas 67W SUPERVOOC Endurance Edition yang kebiasaanya hanya ditawarkan pada telefon pintar flagship OnePlus.

Pengecasan ini membolehkan bateri OnePlus Nord CE 3 Lite 5G dicaj ke tahap 80% didalam masa 30 minit sahaja dan ianya turut tidak memberikan kesan kepada jangka hayat bateri yang dilindungi dengan ciri Battery Health Engine.

OnePlus Nord Buds 2

Turut dilancarkan bersama Nord CE 3 Lite 5G adalah earbuds Nord Buds 2 yang tampil dengan beberapa ciri baharu setaraf flasghip.

TWS OnePlus Nord Buds 2 ini juga memiliki pemacu 12.4mm untuk kesan bass yang lebih mendalam dan ianya turut disertakan dengan ciri pembatalan bunyi hingar aktif (ANC) sehingga 25dB.

Selain itu, OnePlus Nord Buds 2 juga menawarkan jangka hayat bateri yang lama iaitu sehingga 5 jam pendengaran tanpa bekas pengecasan atau sehingga 27 jam dengan bekas pengecasan dengan ciri AAC dan ANC diaktifkan.

Dalam pada itu, tidak dapat dinafikan juga bahawa OnePlus Nord Buds 2 tampil didalam rekaan yang lebih premium dan ianya turut memiliki pensijilan kalis air IP55.

Pelancaran di Malaysia bakal menyusul!

OnePlus Nord CE 3 Lite akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,099 sahaja dan pra-tempahan akan dibuka mulai 11 April sehingga 17 April ini dengan setiap pembelian semasa tempoh pra-tempahan akan menerima 1 unit Nord Buds 2, 1 tahun lanjutan waranti dan 1 tahun perlindungan skrin.

Jualan rasmi akan bermula pada 18 April 2023 dengan percuma 1 tahun lanjutan waranti dan 1 tahun perlindungan skrin bagi pembelian sebelum 25 April.

Pra-tempah OnePlus Nord CE 3 Lite 5G di Lazada

OnePlus Nords Buds 2 pula akan ditawarkan pada harga RM 329 didalam dua warna iaitu Lightning White dan Thunder Gray ( diskaun RM 30 untuk pembelian terawal).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.