Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Konsol gaming mudah alih Asus ROG Ally diumumkan – pencabar Steam Deck

Asus ROG Ally

Asus secara rasminya telah mengumumkan konsol gaming mudah alih dibawah jenama naungan Republic of Gamers iaitu ROG Ally yang beroperasi pada Windows 11.

Adalah selamat untuk kita perkatakan bahawa ROG Ally dilancarkan sebagai pencabar kepada Steam Deck dan ianya dilihat akan menyokong pelbagai platform gaming berasaskan cloud seperti Steam dan Xbox Cloud Gaming.

Dalam pada itu, tidak banyak spesifikasi Asus ROG Ally ini didedahkan namun ianya akan dikuaskaan dengan cip AMD APU, eGPU ROG X6 Mobile dan skrin paparan 1080p dengan kadar segar semula 120Hz.

Selain daripada beberapa gambar dan spesifikasi, status  pelancaran dan harga Asus ROG Ally masih belum diumumkan namun pendaftaran minat untuk notifikasi untuk pengumuman pra-tempahan .

Daftar minat di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.