Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus Nord Buds 2 turut dilancarkan dengan ciri ANC dan 36 jam jangka hayat bateri – RM 329 sahaja

OnePlus Nord Buds 2

Selain OnePlus Nord CE 3 Lite 5G, OnePlus juga telah memperkenalkan TWS terbaru mereka dibawah siri Nord iaitu Nord Buds 2.

OnePlus Nord CE 3 Lite 5G kini rasmi dengan spesifikasi baik pada harga berpatutan

OnePlus Nord Buds 2 tampil didalam rekaan yang premium yang mana setiap unit mempunyai kemasan yang berbeza disamping penggunaan bahan mesra alam dan penarafan kalis air IP55.

Nord Buds 2 tampil dengan pemacu berukuran 12.4mm yang memberikan pengguna kesan bass yang lebih mendalam.

Untuk memberikan pengalaman yang mengasyikkan, Nord Buds 2 turut mempunyai ciri pembatalan bunyi hingar aktif sehingga pada kedalaman 25dB dan pemproses dwi-teras.  Earbuds ini juga menggunakan algoritma AI, teknologi canggih yang membolehkan pengguna membuat panggilan yang jelas menggunakan sistem dwi mikrofon yang menguatkan bunyi ketika panggilan

Dari segi jangka hayat bateri, Nord Buds 2 menawarkan sehingga 7 jam waktu pendengaran atau sehingga 36 jam dengan bekas pengecasan. Pengecasan selama 10 minit juga memberikan sehingga 5 jam waktu pendengaran.

OnePlus Nord Buds 2 akan ditawarkan pada harga RM 329 didalam dua pilihan warna iaitu Lightning White dan Thunder Gray dengan diskaun RM 30 bagi pembelian terawal.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.