Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A24 telah dikesan di laman rasmi Samsung

Samsung Galaxy A24

Samsung baru-baru ini telah mengumumkan telefon pintar terbaru Galaxy A-Series iaitu Galaxy A54 dan Galaxy A34 dan portfolio Galaxy A Series dilihat semakin berkembang.

Samsung Galaxy A24 telah dikesan di laman rasmi Samsung 3

Samsung Galaxy A24 telah dikesan di laman rasmi Samsung India dimana halaman sokongan telah disenaraikan dan terdapat juga nombor model SM-A245F/DS.

Galaxy A24 dilaporkan akan hadir dengan cip MediaTek Helio G99 atau Snapdragon 680, skrin paparan Super AMOLED 90Hz berukuran 6.4-inci dengan resolusi FHD+, sensor utama 50MP, sensor ultrawide 5MP, sensor makro 2MP, kamera selfie 13MP dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 25W.

Memandangkan Samsung Galaxy A24 ini telah dikesan di laman rasmi India, boleh kita rumuskan bahawa ianya akan menjadi pasaran pertama untuk menerima telefon pintar ini tidak lama lagi.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.