Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus Nord CE 3 Lite 5G kini rasmi dengan spesifikasi baik pada harga berpatutan

OnePlus Nord CE 3 Lite 5G

OnePlus secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar kelas entry level terbaru syarikat iaitu OnePlus Nord CE 3 Lite 5G dan ianya turut disertakan bersama pelancaran earbuds OnePlus Nord Buds 2.

OnePlus Nord CE 3 Lite 5G adalah sebuah telefon pintar mampu miliki kelas entry level dengan sokongan 5G.

Ianya memiliki skrin paparan LCD berukuran 6.72-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. panel ini juga mempunyai nisbah skrin kepada rangka yang tinggi iaitu 91.4%.

Selain itu, Nord CE 3 Lite 5G ini juga dikuasakan dengan cip Snapdragon 680 5G yang dipadankan bersama 8GB RAM + sehingga 8GB RAM maya dan storan dalaman  256GB.

Beralih kepada kamera, OnePlus Nord CE 3 Lite 5G disertakan dengan sensor utama 108MP, sensor depth 2MP, sensor makro 2MP dan kamera selfie 16MP.

Seterusnya, Nord CE 3 Lite 5G juga dikuasakan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W SUPERVOOC Endurance Edition yang memberikan anda sehingga 80% pengecasan didalam masa 30 minit sahaja.

Lain-lain spesifikasi telefon pintar ini adalah OxygenOS 13.1 yang berasaskan Android 13, dwi-pembesar suara yang menyokong kadar output bunyi 200% , bicu audio 3.5mm dan ditawarkan didalam dua warna menarik iaitu Pastel Lime dan Chromatic Gray.

OnePlus Nord CE 3 Lite akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,099 sahaja dan pra-tempahan akan dibuka mulai 11 April sehingga 17 April ini dengan setiap pembelian semasa tempoh pra-tempahan akan menerima 1 unit Nord Buds 2, 1 tahun lanjutan waranti dan 1 tahun perlindungan skrin.

Jualan rasmi akan bermula pada 18 April 2023 dengan percuma 1 tahun lanjutan waranti dan 1 tahun perlindungan skrin bagi pembelian sebelum 25 April.

Pra-tempah OnePlus Nord CE 3 Lite 5G di Lazada

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.